HIBURAN

Dikecam Dakwa ‘Car Seat’ Bayi Tak Selamat, Suami Tampil Pertahankan Atikah Suhaime - “Kalau Kalian Tak Suka, Saya Akan…”

Asyikin Mayudin 04/07/2025 | 07:55 MYT
Pertanyaan pendapat mengenai ‘car seat’ bayi mengundang salah faham netizen terhadap pelakon Datin Atikah Suhaime.

Buat kajian

Menerusi platform Threads, terdapat netizen yang berpendapat Atikah epatutnya melakukan penyelidikan tentang kerusi keselamatan bayi untuk kebaikan anaknya sebelum meminta pendapat orang lain.

“Siapa la ajar Atikah Suhaime ni bukan-bukan. Car seat boleh saja duduk cuma kena install betul-betul posisi tu dan rehat setiap dua jam.

“Saya tak boleh la dengan dia ni. Sebagai ibu, awak buat la kajian sendiri bukan dengan bertanya netizen dan dengar orang yang awak tak tahu apa kelayakan mereka. Bukan benci, tapi macam makin menjadi-jadi,” komen beberapa netizen.

Gemar berinteraksi

Bagaimanapun suami kepada Atikah iaitu Datuk Lokman Teh tampil mempertahankan isterinya dengan mengatakan Atikah seorang yang gemar berinteraksi dengan peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Diganggu Entiti Ketika Bercuti, Atikah Suhaime Terpaksa Gendong Anak Kalau Tidak…

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan Atikah Suhaime Dengan Suami Berubah Sejak Ada Anak - “Rasa Macam Lain, Hari-Hari Nak …”

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Yang Terbaik, Atikah Suhaime Harap Anak Tak Bencinya Bila Dah Besar - “Kalau Boleh Saya Nak Kawal Hidup Dia Tapi…”

Menganggap Atikah seorang selebriti dan pempengaruh, Lokman turut berkata dia akan meminta isterinya untuk berhenti melibatkan peminat dalam setiap perkara jika ramai tidak menyukai.

“Atikah bertanya di media sosial kerana dia suka berinteraksi dengan peminat sebab mereka gemar memberi pandangan.

“Dia pun seorang selebriti dan pempengaruh, jadi apa-apa perkara yang dia lakukan mesti nak libatkan peminat.

“Kalau kalian tidak suka, saya akan minta dia berhenti untuk melibatkan peminat dalam setiap perkara,” katanya.

Sebelum ini, Atikah berasakan kerusi keselamatan bayi tidak baik untuk badan kanak-kanak terutama anaknya, Lyla Mulan Teh yang baru beberapa bulan dilahirkan.

Atikah juga meluahkan rasa bimbang untuk meletakkan Mulan di kerusi keselamatan itu dan memilih untuk memegangnya sepanjang perjalanan menuju ke Singapura, baru-baru ini.

#Atikah Suhaime #Car Seat #Suami Atikah #Datuk Lokman Teh