Skip to main content

Berita Antarabangsa

Dikecam, Dibenci Selepas Muncul Di The House, Ezurin Khyra: "Saya Rasa Semua Orang Baik Hati"

befunky-collage-4136.jpg
Bekas model yang menjadi tetamu di program musim keenam The House, Ezurin Khyra menyambut kecaman netizen terhadapnya dan keluarga dengan tenang.

Beliau mula menerima kecaman selepas episod pertama The House yang menampilkan gaya hidupnya bersama anak anak didakwa seperti mempersenda golongan B40.

Meski demikian, saat berhadapan dengan kecaman yang tak kunjung henti, melalui Insta Storynya, Ezurin menjawab soalan salah satu pengikutnya dengan cukup rasional.

Sambil tersenyum, Ezurin dilihat mengatakan semua orang yang mengecamnya bukan tidak baik.

"Saya rasa semua orang baik hati, cuma cara kita mengekspresikannya berbeza," katanya tenang dalam Insta Story.

Malah dalam sesi Ask Me a Question, Khyra menyatakan jangan mencari keburukan dalam diri seseorang, tetapi melihat pada kebaikan.

"Carilah kebaikan di dalam seseorang, bukan keburukan mereka. Kerana tidak ada manusia yang sempurna," katanya ringkas.



Hal itu diketahui melalui komen salah seorang pengikutnya yang memakai nama @nurathirahj di akaun Twitter pada 25 Oktober 2020.

Melalui komennya itu, pengguna tersebut kagum dengan reaksi Ezurin selepas teruk dikecam sebaik tayangan episod perdana The House minggu lalu bersiaran.

"Betapa tak adilnya orang untuk menghukum dan bercakap tidak baik terhadap orang yang tidak mereka kenali.

"Lihat bagaimana beliau membalas semuanya. Ezurin dengan semua kebencian yang anda terima, begini reaksi anda," tulisnya.



Kehidupan Ezurin bersama lima anak anaknya iaitu Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra turut menampilkan rakan karibnya, Magie Abang dipaparkan secara ringkas dalam The House musim ini.

The House akan bersiaran selama 10 episod di platform televisyen menerusi saluran Astro Ria(124) dan Astro Ria HD (104) bermula 21 Oktober 2020, setiap hari Rabu, pukul 9 malam.

Advertisement

Must-Watch Video