Dikecam Isu Guna Ayat Al-Quran, CL Mohon Maaf
Mya Amri
11/11/2016 04:11 MYT
11/11/2016 04:11 MYT
Penyanyi Korea CL tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dikecam pengguna laman sosial kerana menyelitkan ayat Al-Quran ketika mempersembahkan lagu berjudul MTBD.
Kejadian itu berlaku selepas dia menyampaikan lagu tersebut ketika mengadakan konsert di Los Angeles baru-baru ini.
Akibatnya akaun Instagram dan Twitter CL dihujani dengan komen-komen negatif pengguna laman sosial terutamanya yang beragama Islam.
Selain itu, CL yang juga merupakan ketua kumpulan 2NE1 ini juga dianggap telah menghina dan mempermainkan ayat suci Al-Quran.
Menyedari kesalahannya, CL dengan rasa rendah diri telah memohon maaf melalui akaun Twitternya pada Selasa dan menjelaskan perkara sebenar.
Menurut CL, dia tidak menyedari lagu yang dihantar untuk konsertnya itu adalah versi lama yang tidak disunting semula.
Dia mula menyedari mengenai lagu berkenaan selepas isu tersebut menjadi hangat dan viral di media sosial.
“Kepada sesiapa yang tersinggung, saya benar-benar minta maaf atas kesilapan saya. Apa yang berlaku sebenarnya ialah jurutera saya telah menghantar versi lama MTBD untuk konsert jelajah ini.
"Saya rasa bertanggungjawab kerana terlambat menyedari mengenai perkara tersebut. Saya tidak pernah berniat langsung untuk menggunakan versi lama itu.
"Saya telah menukarnya kembali kepada versi baru dan memberitahu kepada jurutera saya supaya padamkan terus versi lama itu untuk selama-lamanya. Terima kasih dan saya sayang semua peminat saya," tulisnya.
Terdahulu, CL pernah mencetuskan kontroversi apabila menyelitkan ayat daripada petikan surah An-Naba dalam lirik single pertamanya itu pada tahun 2014.
Bagaimanapun pihak pengurusan artis tersebut, YG Entertainment telah memuat naik semula audio lagu MTBD yang disunting tanpa kedengaran lagi ayat surah berkenaan.
Teks oleh: Mya Amri