Dikecam Jadi Penyampai Radio Kerana Tak Fasih Berbahasa Malayu, Mark Adam Terima Kritikan
Fiza Kamarudin
16/02/2021 03:31 MYT
16/02/2021 03:31 MYT
Penyanyi, pelakon dan penyampai radio Mark Adam tidak berkecil hati walaupun dikatakan tidak layak menggalas tanggungjawab sebagai penyampai radio kerana kurang fasih berbahasa Melayu.
Mark ketika dihubungi Gempak berkata, dia menganggap semua kiritikan tersebut sebagai motivasi dan cabaran buat dirinya.
“Hari pertama di konti radio, ramai yang memberikan kata-kata semangat buat saya. Terima kasih buat anda semua kerana menyokong saya untuk menggalas tanggungjawab yang besar ini.
“Saya juga ada baca komen-komen negatif yang mengatakan saya tidak layak kerana tidak fasih cakap Melayu.
“Tidak mengapa, saya tidak kecil hati atau marah tetapi saya jadikan itu sebagai pembakar semangat untuk memperbaiki kelemahan saya ini,” katanya.
Dalam pada itu, Mark turut berterima kasih kepada stesen radio Hot FM kerana memberikannya peluang dan kepercayaan berada di konti bersama Fizie, mengendalikan segmen Geng Pagi Hot (GPH).
“Saya terharu apabila HotFM berikan kepercayaan dan menyakinkan saya untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga mereka.
“Sebulan sebelum melapor diri, saya ada sesi latihan bersama Fizie untuk mempersiapkan diri. Jujur saya katakan walaupun sudah training tetapi rasa gugup itu masih ada.
“Saya tahu tidak mudah untuk menarik perhatian pendengar dan menghiburkan mereka. Tetapi saya akan cuba memberikan yang terbaik buat mereka.
“Insya-Allah, Fizie seorang yang tidak lokek ilmu dan banyak membantu saya di sini. Kami sama-sama mencari idea dan berbincang mengenai topik yang akan dibawa dalam segmen GPH,” katanya positif.