Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dikecam Kerana Ceraikan Isteri Selepas 2 Minggu Berpantang, Ini Luahan Hati Daus AF8 Untuk Anaknya...

Kamaruddin Razal
02/02/2019 23:54 MYT
Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia 8 (AF8), Daus mendedikasikan ucapan khas untuk anaknya yang baru dua minggu lahir, Ayesha Sheraz.

Daus atau nama sebenarnya, Muhd Shahril Firdaus Eli, 31, menerima kecaman selepas mendedahkan dia sudah bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Syaza Shamimi Jalaludin Khan yang baru sahaja dua minggu melahirkan anak ketiga mereka pada Jumaat lalu.

Daus berkongsi luahan hati menerusi salah sebuah entri terbaru laman Instagram miliknya.

Assalamualaikum kesayangan Daddy Ayesha Sheraz.. semoga menjadi anak yang solehah,taat kpd perintah Allah okay syg.. maafkan daddy lepas ni jarang tgk Ayesha & Kakak2..InsyaAllah janji daddy lepas ni akan jalankan tggjwb dgn sebaiknya utk anak2 daddy..Allah tgh menguji..Doakan Ddy berjaya didunia & diakhirat..maafkan semua kesalahan ddy bila Ayesha & kakak2 dah besar nnt.. mereka mampu berkata apa2..ddy x kesah dah.. yg penting ddy dah usaha utk perbaiki keadaan.. dah besar nanti jg mama elok2 k? jgn buat mama sedeh.. ddy sayangkan anak2 ddy dunia akhirat..

A post shared by DAUS (@daus_eli_official) on


"Assalamualaikum kesayangan Daddy Ayesha Sheraz.. Semoga menjadi anak yang solehah, taat kepada perintah Allah okay sayang...

"Maafkan daddy lepas ni jarang tengok Ayesha & kakak-kakak... Insya-Allah janji daddy lepas ni akan jalankan tanggungjawab dengan sebaiknya untuk anak-anak daddy...

"Allah tengah menguji... Doakan Daddy berjaya di dunia & di akhirat... Maafkan semua kesalahan daddy bila Ayesha & kakak-kakak dah besar nanti..

"Mereka mampu berkata apa-apa.. Daddy tak kisah dah... Yang penting daddy dah usaha untuk perbaiki keadaan... Dah besar nanti jaga mama elok-elok okay?

"Jangan buat mama sedih... Daddy sayangkan anak-anak daddy dunia akhirat," tulis Daus panjang lebar.

Di ruangan komen, rata-rata peminat Daus mendoakan agar Daus sentiasa kuat menghadapi ujian ini.

BACA: Cerai Isteri Selepas 2 Minggu Melahirkan Anak, Daus AF8 Terima Kecaman

Daus yang pernah popular menerusi lagu Kenapa menceraikan isterinya secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Bintulu, Sarawak dengan talak satu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga anak iaitu Delysha Senzela, 5, Myesha Sehrish, 3, dan Ayesha Sheraz yang baru dilahirkan dua minggu lalu.
#cerai #Daus AF8
;