Sudah namanya selebriti, pastinya penampilan dari atas ke bawah menjadi buah mulut
orang ramai.

Selebriti cantik, Rozita Che Wan atau Che Ta tidak terkecuali daripada menjadi topik
perbualan netizen.

Terbaru, penampilan che Ta ke majlis hari lahir anak kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza,
Siti Aafiyah yang diadakan baru-baru ini menarik perhatian ramai.

Ramai yang mempersoalkan kenapa Che Ta memakai cermin mata hitam dan ada juga yang
mengeluarkan kata-kata negatif.

Tidak berdiam diri, Che Ta membalas kata-kata terbabit di ruangan Instagram Stories
miliknya.



Selain Che Ta, selebriti lain seperti Jihan Muse, Fizo Omar, Fara Fauzana, Amyra Rosli,
Fouziah Gous, dan ramai lagi turut hadir memeriahkan majlis.