,
Hiburan

Dikecam Letak Bayaran Untuk Acara Iftar Bersama, Ini Respons Meer Nash - “Saya Tak Pernah Ambil Pisau Paksa Awak Join”

Asyikin Mayudin
18/03/2024
08:55 MYT
Gara-gara meletakkan bayaran RM60 untuk hadir ke acara berbuka puasa bersama, bekas peserta Big Stage 2023 iaitu Meer Nash dikecam netizen di laman sosial.
Menerusi perkongsian di Instastory, Meer Nash turut berkongsi paparan skrin komen netizen yang mempertikaikan tindakannya meletakkan bayaran untuk acara tersebut.
Hairan dengan kebencian netizen terhadapnya, Meer Nash bagaimanapun menjelaskan dia tidak pernah memaksa sesiapa untuk menyertai acara itu.
“Hate comment waktu subuh yang rare. Kenapa rare? Sebab tak sangka bulan puasa ada juga orang hati busuk dengki fasal orang lain, baru saja lepas sahur.
“Saya tak pernah ambik pisau paksa awak join pun event saya, tapi tengok cara komen, macam orang yang kenal saya personally. I don’t get why haters ni have no balls always hide behind all these fake accounts.
“Sampai bila kami yang tak kacau hampa ni nak berdiam diri dan terima saja segala tomahan dan cacian? We have feelings too and like i said I’m gonna stand up for myself,” katanya.
Pada perkongsian yang berbeza, Meer Nash memberitahu dia tidak pernah mengaut sebarang keuntungan selama mengadakan acara bertemu peminat.
“Anyways. alang-alang haters tengah marah saja nak inform 10 pax are sold, ada tinggal lagi 5 pax available
dan untuk pengetahuan, selama saya buat fan event satu sen pun saya tak pernah rasa nak kaut untung.
“My fans always get back what they paid for. What I value most is the time I get to spend with them. So to my fans thank you kepada yang dah RSVP, cant wait to see you on the 31 hari bulan, I love you guys,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zynakal Enggan Ambil Pusing Muka Sering Jadi ‘Bahan’ Kutukan - “Saya Sedar Saya Bukan Zayn Malik”

gempak
05/10/2024
04:02 MYT
Penyanyi Zynakal menyatakan dirinya tidak terasa hati apabila wajahnya sering menjadi bahan kutukan segelintir pihak.
Hiburan

Tak Puas Hati Isu Curang, Netizen Kongsi Gambar Mesra Jofliam & Dewi?

gempak
05/10/2024
01:12 MYT
Khabar angin tentang perselingkuhan chef pizza, Jofliam seakan-akan tidak menemui titik noktah apabila dirinya dikatakan kelihatan mesra bersama pekerjanya iaitu Dewi semasa acara The Best Pizza 2024, yang berlangsung di Milan, Itali baru-baru ini.
Hiburan

Sajat Wish Birthday ‘Teman’ Baru, Siap Hashtag Lover, Netizen Komen - “Aku Ingat Sufian Suhaimi..”

gempak
03/10/2024
12:25 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat tampil memuat naik beberapa keping foto bersama ‘teman’ baharunya.
Hiburan

“Rindu Lah Zaman Kecil-Kecil” - Netizen Terkejut Tengok Budi ‘Tentang Bulan’ Dah Ada Anak & Isteri

gempak
02/10/2024
12:55 MYT
Filem Tentang Bulan merupakan antara filem yang menjadi fenomena satu ketika dahulu sehingga terbitnya drama bersiri yang ditayangkan di sebuah stesen televisyen swasta.
Viral

"Terima Kasih Ganggu Mental Kami" - Netizen Simpati Anak Kieda Crepe Dibuli Di Sekolah

gempak
01/10/2024
08:25 MYT
Usahawan crepe terkenal, Kieda berkongsi sepotong video menasihati anak lelakinya untuk tidak melawan kata-kata dari kawan sekolahnya.
BorakSeeni