BERITA
Dikecam Netizen, Anggun Bagi Penjelasan
Kejayaan penyanyi dari negara jiran, Anggun di pentas antarabangsa memang cukup besar.
Selain daripada kisah pencapaian karier seninya yang diraih di luar negara, Anggun juga sering berkongsi cerita peribadi di media sosial.
Dalam satu status di akaun Instagramnya, @anggun_cipta baru-baru ini, dia menceritakan latar belakang dia bersama keluarganya ketika kecil.
"Saya dari keluarga Muslim tapi bapa saya yang juga seorang penulis mahu anaknya mempunyai pemikiran toleransi dan terbuka, sebab itu dia menghantar kami ke sekolah katolik," katanya.
Nyata, perkongsian Anggun secara jujur di media sosial itu turut mengundang persepsi negatif segelintir netizen yang membangitkan isu agama.
Meskipun dikecam segelintir netizen, Anggun tampil memberikan komen terhadap tuduhan yang dilemparkan ke atasnya.
"Bukan cuba untuk mengesahkan apa saja tapi berkongsi cerita peribadi saya. Saya bersyukur diletakkan di sekolah katolik yang mana ia suatu yang mustahil dilakukan pada hari ini di Indonesia," balas Anggun pada netizen.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @anggun_cipta