Dikecam Netizen Gara-Gara Berkemban di Instagram, Nourul Depp Tak Melatah

Zulaikha Yusof
Jun 14, 2019 00:00 MYT
Penyanyi Nourul Depp sekali lagi mencuri tumpuan apabila memuat naik beberapa keping foto serta rakaman video dalam keadaan berkemban.
Perkongsian yang dibuat bagi meraikan hari terakhir Nourul berpantang itu mendapat pelbagai kritikan dan komen negatif daripada netizen yang dianggap kurang enak untuk dipaparkan kepada khalayak umum.
Tidak mempunyai perasaan malu serta tidak takut dosa antara komen 'pedas' yang ditulis dalam ruangan komen.
Nourul dengan tenang membalas beberapa komen yang telah ditinggalkan dengan mengucapkan terima kasih.
Namun begitu di sebalik komen mengecam, ada juga segelintirnya yang menegur serta menasihati secara baik dan berkhemah.
Hasil perkahwinan bersama usahawan Perancis, Eric Depp Nourul dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Isabella yang dilahirkan melalui pembedahan pada 30 April lalu.
Pasangan itu turut dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3 tahun.
Sebelum itu, menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 20 tahun.
#Nourul Depp