Semenjak pagi tadi, ramai wargamaya yang mengecam tindakan pelakon dan pengacara cantik, Neelofa yang memuat naik sedutan filem The Lion King di akaun laman sosial miliknya.

Sedang hangat ditayangkan di pawagam, pengacara program MeleTOP itu memuat naik sedutan filem terbabit di laman sosial Instagram menerusi ruangan Instagram Stories.

Rata-rata netizen mengecam perbuatan Neelofa dan menganggap wanita berusia 30 tahun itu telah menyalahi undang-undang.

Tidak mahu memanjangkan keadaan, pelakon drama bersiri Red Velvet ini sudah pun memadamkan sedutan filem terbabit.

Tampil menjernihkan suasana di laman sosial Twitter, Neelofa memberikan penjelasan terhadap perkara tersebut.



Berikut merupakan respon Neelofa:

Sebelum ini, pada April 2018, penyanyi Ara Johari pernah berhadapan dengan isu serupa kerana memuat naik sedutan filem Avengers: Infinity War di ruangan Instagram Stories.

Teruk dikecam netizen, Ara mengakui kesilapan yang dilakukan olehnya dan tampil memohon maaf.