gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Anthrax, AC/DC  Sifatkan Ozzy Osbourne Ciptaan Terindah: “Ozzy Forever”
HIBURAN
"Maaf Saya Tak Dapat Nyanyi Dengan Baik" - Renjana Bikin Shiha Zikir Sebak, Umum Nak Hadiahkan RM10,000 Kepada ...
BERITA
Pondan Didenda RM4,900 Dorong Perbuatan Maksiat Melalui WeChat
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Dikecam Netizen, Noraniza Idris Tetap Anggap Konsert Qalam Sebagai Satu Kejayaan - “Kalau Esok Saya Belasungkawa Ada Juga Satu…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
23/12/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Dikecam Netizen, Noraniza Idris Tetap Anggap Konsert Qalam Sebagai Satu Kejayaan - “Kalau Esok Saya Belasungkawa Ada Juga Satu…”
Penyanyi, Noraniza Idris akui terluka selepas membaca komen netizen yang bercakap mengenai konsert sulungnya iaitu Konsert Qalam.
Menurut, Noraniza atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ani meskipun dia menerima kecaman namun dia tetap merasakan konsert itu sebagai satu kejayaan terbesar buat dirinya sebagai anak seni.
“Saya baca segala komen netizen walaupun menguris hati saya. Kadang kala saya menangis dan sedih kerana rasa tidak dihargai oleh mereka.
“Mereka kata konsert saya tak gempak, tak macam artis lain punya konsert tapi saya sudah maklumkan sebelum ini yang ia merupakan gabungan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
“Saya anggap konsert itu sebagai satu kejayaan kerana selama 39 tahun saya berkarya ini pertama kali saya adakan konsert.
“Ada juga tercatat dalam sejarah industri kalau esok saya belasungkawa ada juga satu konsert saya yang orang kata,” katanya.
Kak Ani ditemui media ketika menghadiri Majlis Pengumuman Konsert Meletop Countdown 2025 baru-baru ini.
Meskipun sedih, pelantun lagu Dikir Puteri itu tidak mahu terlalu memikirkan apa kata-kata netizen.
Baginya setiap komen yang dilemparkan kepadanya itu adalah kerana mereka prihatin mengenai dirinya di dalam industri seni suara. “Tapi apabila fikir semula saya ambil dari sudut positif dan berpendapat mereka hanya prihatin terhadap saya.
“Tak apalah mereka nak kecam asalkan mereka tahu apa yang saya lakukan. Kalau orang mula tak ambil kisah itu yang bahaya.
“Jadi perkara biasa ada orang suka atau tidak. Bukan semua orang boleh buat macam saya, kira lain juga,” ujarnya.
Sekadar info, pada Oktober lalu, penyanyi yang terkenal dengan julukan Ratu Irama Malaysia itu telah mengadakan konsert yang diberi nama Qalam Noraniza Idris berlangsung di Melaka.
Topic Berkaitan
#Netizen
#Noraniza Idris
#konsert qalam
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement