HIBURAN

Dikecam Pakai Seksi Ketika Buat ‘Live’ TikTok, Kali Ini Erissa Puteri Tak Berdiam Diri - “Daripada Korang Tegur Macam…”

Asyikin Mayudin 29/07/2025 | 01:54 MYT
Gara-gara memakai pakaian yang dilihat agak seksi ketika membuat siaran langsung di TikTok, penyanyi dan pelakon, Erissa Puteri sekali lagi menjadi bualan netizen.

Terima teguran baik

Menerusi sesi siaran langsung itu, Erissa atau Erissa Puteri Hashim yang sedang melakukan rutin penjagaan kulit dilihat mengenakan ‘dress’ berona hitam.

ARTIKEL BERKAITAN: Galak Menari Di TikTok, Erissa Puteri Dikecam Netizen - “Masih Bocil Jangan Kahwin Dik…”

Enggan berdiam diri, Erissa tampil menegur tindakan segelintir netizen yang dilihat meninggalkan kecaman teruk terhadap dirinya.

“Saya akan ambil teguran mereka yang menegur saya secara baik. Doakan sajalah yang terbaik buat saya.

“Daripada korang tegur macam ini, maki-maki saya, tak akan dapatkan pahala dan tak akan bawa korang ke syurga pun.

“Kenapa nak tunggu orang berdoa? Saya tanya korang semula, salah ke berdoa (yang baik-baik untuk saya?” katanya.

Akui kekhilafan

Mengakui kekhilafannya, Erissa yang baru mendirikan rumah tangga pada April lalu memohon agar netizen memberi teguran dengan cara baik.

“Saya mengaku memang salah dan berdosa pakai macam ini. Tapi kenapa bila saya pakai ‘perfect’, pakai baju lengan panjang dan berseluar panjang, tak ada yang bercakap apa-apa?

“Tapi bila buat salah sikit? ‘Wow it’s crazy’,” katanya lagi.

Ganggu kesihatan mental

Menerusi sesi siarang langsung itu juga, Erissa memaklumkan kecaman berlebihan sedikit sebanyak memberikan kesan kepada kesihatan mentalnya.

“Saya bukan nak mengarah tapi ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada kesihatan mental saya,” ujarnya.

Sebelum ini, Erissa pernah menerima teguran daripada netizen yang menganggap gaya pemakaiannya agak menjolok mata.

Untuk rekod, Erissa Puteri selamat bergelar isteri kepada Muhamad Danial Iskandar di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur pada 17 April lalu.

#Pakaian Seksi #Live TikTok #Erissa Puteri