Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dikecam Pilih Al Hafiz Jadi Penderma Darah, Ustaz Yusuf Mansur: "Saya Dosa, Maksiat Banyak"

Maliah Surip
26/07/2021 14:20 MYT
Nama Ustaz Yusuf Mansur dari Indonesia beberapa hari ini hangat diperkatakan kerana tindakannya memilih penderma darah bagi membantu masalah paras hemoglobin dan tekanan darah rendah yang dihidapi olehnya.

Pendakwah itu kemudian berjaya mendapatkan penderma darah yang terdiri daripada empat orang soleh termasuk tahfiz Al Quran.

Lantaran itu, pendakwah yang juga pemilik sekolah pondok Darul Qur'an Tangerang ini disifatkan sebagai sombong. Tindakannya memilih darah siapa yang akan masuk ke dalam badannya dianggap tidak wajar, apalagi dia hanya mahu 'darah yang baik baik' bercampur dalam tubuhnya.

Sedar dirinya menjadi kecaman, Yusuf Mansur atau dikenali dengan panggilan YM menjelaskan tindakannya berbuat demikian.

Kepada CNBCIndonesia, YM mengatakan dia tidak bermaksud untuk memilih siapa penderma darah yang dapat membantunya selepas dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu.

"Saya tahu telah menjadi buah mulut dan kecaman orang mengenai pemilihan penderma darah saya.

"Tapi ini dari segi sains. Tanpa mengurangi rasa hormat saya yang mendermakan darahnya itu sudah pasti orang baik. Kalau bukan orang baik tak mungkin mendermakan darahnya.

"Kalau darah itu tidak bersih tak mungkin juga dapat diberikan kepada saya. Jadi saya fikir secara perubatan, darah yang didermakan sudah di-screening atau sudah melewati berbagai syarat.

"Kalau boleh kita memang mahu menjadi penderma dalam kalangan keluarga atau orang yang kita kenal sebab ada memori. Jadi darah itu mesti datang dari orang yang baik," katanya panjang lebar kepada media tersebut.

Pendakwah itu juga mengatakan, kesempatan diberi memilih penderma darahnya juga memberi hikmah kepadanya.

"Ini kuasa Allah. Saya dosanya banyak, maksiat banyak, keburukannya banyak dan kekurangan ibadah. Allah tahu semua itu. Saya jadi terkenal kerana teman teman memanggil saya YM," katanya lagi.

Malah dia juga mengatakan hikmah lainnya adalah dapat membuka ruang buat para penghafal Al Quran, guru guru Al Quran serta pelajar agama menjadi penderma darah kepada yang memerlukan.

Terdahulu, YM menerima darah antaranya salah seorang didermakan oleh Syekih Baleid yang juga seorang penulis kaligrafi Al-Qur'an dari Maghribi.

Kredit Foto: Detik.com
#Indonesia #Ustaz Yusuf Mansur #Derma Darah #Darah Rendah #Hafiz Al Quran
;