Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dikecam Promosi Produk Guna Gambar ‘Blur’ Pasangan Selebriti Nak Cerai, Fizi Ali Tampil Mohon Maaf - “Saya Dah Pulangkan Balik Semua Bayaran…”

Asyikin Mayudin
29/09/2024 01:55 MYT
Gara-gara mempromosikan produk menggunakan gambar pasangan selebriti bakal bercerai, penyampai radio Fizi Ali menerima kecaman di Instagram miliknya.

Bertindak dengan cepat

Bagaimanapun Fizi bertindak dengan cepat memadam perkongsian tersebut dan memohon maaf atas keterlanjurannya tidak memeriksa teliti promosi tersebut.

“Maaf atas posting yang membuat sesetengah pihak marah. khilaf dari saya sendiri, tak check betul-berul sebelum posting. Maafkan atas ketertelanjuran saya… saya akan belajar dari kesilapan,” tulis Fizi.

Menerusi ruang komen di perkongsian itu, netizen mendakwa Fizi tidak peka dengan penggunaan foto pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura yang dikaburkan wajah mereka untuk dijadikan bahan promosi produk tersebut.

Lagi sekali dikecam

Selepas membuat permohonan maaf itu, Fizi sekali lagi dikecam netizen gara-gara memuat naik semula perkongsian mempromosi produk tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Bongsu Kini Berusia 3 Bulan, Fizi Ali Akui Seronok Besarkan Tiga Cahaya Mata – “Kalau Ameena Balik, Dia Akan Excited…”

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali Dedah Wajah Anak Ketiga, Pilih Nama Nurraisya Sofea - "Semoga Membesar Dengan Baik Ya Sayang"

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri Syukur Dapat Hak Hadanah Interim - “Aku Percaya Doa & Aturan Allah…”

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali Hairan Dengan Komen Netizen ‘Sound’ Isterinya - “Bini Aku Usik Kau Ke?”

Biarpun sudah menukar gambar lain namun netizen beranggapan Fizi seperti tidak sensitif dengan memberi promosi kepada produk yang sengaja menggunakan isu yang sedang berlaku.

Pulangkan wang bayaran

Bagaimanapun, Fizi mengambil langkah untuk memadam hantaran tersebut dan memuat naik paparan skrin mesej yang memperlihatkan dia memulangkan semula wang bayaran untuk promosikan produk itu.

“Dah okay? Puas hati semua? Saya dah pulangkan balik semua bayaran yang diterima. Kalau perlukan produk tu, tau la mana korang nak cari ya. Dah jangan stres-stres. Peace,” tulisnya.

#Fattah Amin #Fazura #cerai #Netizen #Fizi Ali #Pasangan selebriti #Pasangan selebriti cerai #Promosi produk
;