Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dikecam ‘Rempit’ Dan Dikritik Tidak Layak Beri Ceramah Motivasi, Haqiem Stopa Tampil Beri Kenyataan: “Sebenarnya Saya…”

Izwan Isa
07/07/2022 13:50 MYT
Baru-baru ini, kecoh di laman Twitter berkenaan dengan penglibatan selebriti media sosial, Haqiem Stopa dalam sebuah ceramah motivasi yang diadakan di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

Menerusi respons-respons yang diberikan, kebanyakan daripada pengguna media sosial melahirkan rasa kurang senang terhadap penglibatan Haqiem dalam ceramah berkenaan.

Hal ini kerana, ramai yang beranggapan imej ‘rempit’ yang melekat pada lelaki berusia 23 tahun itu tidak selari dengan audiensnya, iaitu pelajar sekolah.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selepas menerima kecaman yang sangat teruk, Haqiem akhirnya memuat naik kenyataan di Instagramnya bagi menjernihkan keadaan.

"Sebenarnya saya telah dijemput oleh badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Belia Mahir untuk berkongsi kepada para pelajar sekolah tentang ‘peluang kedua’ buat mereka yang pernah gagal dalam pelajaran seperti saya sewaktu di sekolah dahulu.

"Belia Mahir ini merupakan satu organisasi yang mencari pekerja-pekerja berkemahiran, sekali gus memberi bimbingan dan sokongan agar mereka mempunyai kerjaya serta pendapatan," kongsinya.

Jelas Haqiem, walaupun dia tidak meraih keputusan yang baik, dia tetap menyimpan keinginan untuk mengubah kehidupan demi membantu ibu dan bapanya.

Haqiem juga menjelaskan yang dia sama sekali tidak mengajar mereka membawa motosikal tetapi lebih kepada berkongsi tentang latar belakang serta isu buli siber yang dihadapinya.

“Saya berkongsi tentang seseorang yang pernah gagal dalam hidup dan bangkit dengan semangat serta usaha yang baharu. Bina kerjaya untuk bantu mak ayah di masa hadapan. Bukannya ajar mereka merempit,” katanya.

#Haqiem Stopa
;