Seorang pempengaruh menerima kecaman dan kritikan netizen apabila mempamerkan gaya hidup mewah di laman sosial.

Selain itu, netizen di platform X turut mempersoalkan bagaimana pempengaruh tersebut boleh melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) jika dia mampu untuk berbelanja mewah seperti apa yang dipamerkan.







Tidak menunggu lama, pempengaruh itu tampil memberikan kenyataan dan mematahkan tuduhan tidak benar segelintir netizen mengenai dirinya.

“Saya bukan flexing… sudah beberapa kali saya katakan, saya buat collaboration, saya buat bisnes.

“Apa yang saya post merupakan benda yang saya nak promosikan. Apa yang saya makan, hotel mana saya pergi, barang apa yang saya beli, semua itu saya jual dan saya letakkan dalam bentu video.

“Kalau nak cakap pasal kereta, saya buat collaboration (dengan syarikat). Ya, saya memang pelajar UiTM, pelajar sepenuh masa.

“Tapi, apa yang saya kongsikan, ia akan sampai kepada target audience mana yang nak juga benda yang sama. Jadi, mereka boleh dapatkan dengan harga murah dan informasi lain,” katanya.

Sumber: Platform X