Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dikecam Suka ‘Bergelek’, Fasha Sandha: “Tak Perlu Malu Untuk Jadi…”

Asyikin Mayudin
23/08/2023 00:55 MYT
Pelakon Fasha Sandha menerima kecaman daripada netizen gara-gara gemar memuat naik video sedang menari di laman sosial.

Fasha bagaimanapun menegaskan dia sememangnya seorang yang sentiasa gembira dengan melakukan aktiviti kesukaannya seperti menari sejak dahulu lagi.

“Video membuktikan daripada zaman berisi atau bulat saya tetap berjoget, semalam ada beberapa komen mengatakan bila dah kurus terus berjoget. Terima kasih sister diatas teguran.

“Cuma agak tersilap faktanya. Seketul Fasha Sandha ni adalah manusia yang sentiasa happy dan enjoy, gemuk ke, berisi ke, saya tetap joget dan happy.

“Tak ada masa nak edit gambar atau edit video nak jadikan saya kurus dalam gambar mahupun video,” jelasnya menerusi laman Instagram miliknya.

Pada perkongsian yang sama, isteri kepada aktor Aidil Aziz ini memberitahu dia hanya menjadi diri sendiri dan kehidupannya juga bahagia bersama keluarga tercinta.

“Malu pada keluarga mentua? Kenapa? Sebab saya berjoget? Pada saya, tak perlu malu untuk jadi diri sendiri sister. Lagi malu kalau kelihatan warak dan baik, tapi bersifat ‘munafik’ dan hipokrit, juga selalu iri hati pada orang dan berhati tak bersih.

“Tiada siapa pun sempurna di dunia ni sister, tiada siapa layak untuk judge sesiapa pun. Saya tetap bahagia dan enjoy, dulu dan sekarang. Jadi fakta yang mengatakan saya berisi saya berbeza tu, tak tepat ya. Saya tetap sama,” ujarnya.

Terdahulu, Fasha berkongsi paparan skrin komen netizen yang mempersoalkan tindakannya suka menari tanpa berasa segan silu terhadap keluarga mentuanya.

“Tak rasa segan silu dengan ibu mentua atau adik-beradik suami ke tergoyang-goyang macam itu. Dulu elok saja waktu berisi,” komen individu tersebut.

BACA SINI: Fasha Sandha Menangis Serba Salah Nak Makan Biskut Cicah Milo - "Penerbit Pernah Tegur Saya 'Chubby', Kena Turunkan Berat Badan Tinggal 60kg"

BACA SINI: [VIDEO] Dikatakan Terlalu Kurus Sehingga Nampak Seperti Sakit, Ini Respons Fasha Sandha - “Tak Sakit Pun Tapi Hati Agak…”


#Fasha Sandha #Netizen #Menari #Gelek #Fasha #Fasha dikecam #Fasha menari
;