Dikecam Terlalu Hodoh, Watak Sonic Ini Akan Diubah Menjadi Lebih 'Cantik’

Hanafis Haris
Mei 3, 2019 10:10 MYT
Beberapa hari lalu, trailer filem Sonic The Hedgehog telah dipertontonkan kepada umum buat pertama kalinya.
Kemunculan trailer ini sekali gus memberi rasa teruja terutama pada mereka yang lahir pada zaman kegemilangan permainan Sonic ini.
Namun tidak sampai beberapa jam dimuat naik, ia telah menjadi perdebatan 'hangat' apabila ramai yang mengkritik rekaan watak Sonic.
Rata-rata bersetuju hasil rekaan pada filem ini kelihatan agak hodoh berbanding pada permainan videonya yang asal.
Walau bagaimanapun, kritikan itu nampak gayanya tidak dipandang remeh oleh pengarahnya iaitu Jeff Fowler, malah beliau telah mengeluarkan kenyataan yang akan berlaku perubahan terhadap rekaan Sonic tidak lama lagi.
Pengumuman itu dibuat menerusi Twitter.

Thank you for the support. And the criticism. The message is loud and clear... you aren't happy with the design & you want changes. It's going to happen. Everyone at Paramount & Sega are fully committed to making this character the BEST he can be... #sonicmovie #gottafixfast ?✌️

— Jeff Fowler (@fowltown) May 2, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tidak pasti sama ada perubahan ini akan membuatkan filem ini lambat ditayangkan atau sebaliknya. Sama-sama kita tunggu kenyataan rasmi daripada pihak pengarah itu sendiri tidak lama lagi.
Untuk pengetahuan anda, Filem Sonic The Hedgehog turut dilakonkan oleh Jim Carrey sebagai Dr Robotnik.
#Filem #Filem #Gaming #Sonic