Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dikecam Teruk Lepas Kahwin Dengan Safawi, Syifa Akhirnya Buka Mulut: “Saya Percaya Semua Itu Adalah…”

Shahrin Zulkifle
07/12/2022 03:00 MYT
Pempengaruh media sosial, Syifa Melvin akhirnya membuka mulut mengenai isu perkahwinannya bersama pemain bola sepak, Safawi Rashid yang menerima kecaman netizen baru-baru ini.

Menganggap orang ramai tidak mengenali dirinya yang sebenar, Syifa menjelaskan segala perkara yang berlaku termasuk kecaman yang diterima adalah takdir yang sudah tertulis daripada Tuhan.

Malah, dengan mengingat kembali takdir Tuhan, ia membuatkan Syifa lebih tenang.

“Pada Syifa mereka yang bercakap buruk itu tidak kenal pun saya dan keluarga, mereka sendiri pun tak tahu apa yang mereka cakap.

“Bagi saya, bila berlaku perkara tersebut ia membuat saya kembali berfikir pada satu perkara yang telah saya tetapkan di fikiran iaitu takdir yang sudah tertulis untuk saya bernikah pada 28 November lalu, itu membuatkan saya lebih tenang.

“Saya sudah bersedia dengan kecaman netizen. Saya percaya segala kecaman, caci maki dan hentaman daripada netizen semua itu adalah takdir yang tertulis oleh Allah untuk saya hadapi semua ini.

“Dengan mengingat kembali takdir Allah, apa pun rasa macam terharu, sedih dan bangga, saya pasti ini semua ada hikmah. Allah sudah merancang segalanya yang terbaik untuk saya,” katanya kepada Gempak.

Syifa berkata demikian usai dia menjadi tetamu program MeleTop yang bersiaran secara langsung di The Venue Three Studio, Seri Kembangan pada Selasa.

Dalam masa sama, adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu berkata dirinya tidak kisah jika orang ramai ingin terus memperkatakan mengenai dirinya.

“Apa orang cakap biarlah, lebih banyak orang caci maki saya, lebih ramai burukan nama saya, itu yang memberi ketenangan dalam hati saya. Jadi untuk mereka nak berkata buruk silakan lah, hikmah itu ada pada saya,” tambahnya.

Terdahulu, turut terkesan dengan kecaman yang dilempar netizen, ibu kepada Syifa turut mengeluarkan kenyataan mempertahankan anaknya itu selain meminta netizen untuk muhasabah diri.

BACA: Teruk Dikecam Selepas Kahwin Dengan Safawi Rahsid, Ibu Tampil Pertahankan Syifa Melvin - “Istigfar Banyak-Banyak Kalau Rasa…”

A post shared by The Melvin’s Resources (@syifamelvin)

Sementara itu, diminta mengulas mengenai kenyataan berkenaan, Syifa menjelaskan tindakan tersebut merupakan tanda sokongan yang diberikan oleh seorang ibu untuk mempertahkan anaknya.

“Syifa betul-betul tak sangka ibu keluarkan statement mengenai perkahwinan saya dikecam itu, sebabnya saya dan keluarga kami memilih untuk pejamkan mata dan pekak kan telinga.

“Bila ibu keluar statement begitu sudah menjadi tanggungjawab dia untuk sokong anak-anaknya.

Saya ambil masa untuk repost semula statement ibu, saya beritahu ibu ada baiknya orang tua bersuara untuk anak-anak mereka.

“Saya tahu dia pun rasa betapa sakitnya hati orang lain caci maki anak dia. Bayangkan jika kata-kata tersebut berbalik pada orang yang cakap tu, macam mana perasaan dia, mesti sedih kan.

“Oleh itu nasihat saya, sebelum nak cakap buruk tentang orang minta lihat dulu diri sendiri,” tambahnya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Syifa Melvin #Safawi Rashid #Syifa Safawi
;