Laman Utama

Dikerah Kerja Seawal Darjah 4, Suami Dedah Shila Tak Pernah Pegang Wang Tunai, Kad Bank & IC Hingga Usia…

gempak
Asyikin Mayudin
11/10/2023
12:25 MYT
Sponsor Banner
Dikerah Kerja Seawal Darjah 4, Suami Dedah Shila Tak Pernah Pegang Wang Tunai, Kad Bank & IC Hingga Usia…
Perkongsian suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai di platform X mengambarkan kehidupan sebenar isterinya seawal usia 10 tahun menarik perhatian netizen.
Menerusi perkongsian itu, Shila melalui kehidupan yang sangat sukar semenjak kecil selain mental dan fizikalnya didera sepanjang tempoh tiga tahun dalam perkahwinan pertama.
“Bekerja diawal usia 10 tahun. Tidak pernah pegang duit, kad bank dan ic sendiri sehingga usia 28 tahun. Berkahwin atas pilihan keluarga. Mental dan fizikal abuse dalam tempoh 3 tahun perkahwinan. Tanggung bekas suami.
“Bercerai dan trauma. Mulakan hidup baru selepas bercerai dengan menanggung hutang keluarga ratusan ribu. Hutang berjaya dibayar. Sehingga kini masih tanggung keluarga. Dia sendiri. Tiada yang membantu. Baik keluarga mahupun orang lain.
“Ramai yang cerca dan hina. Hanya dia tahu apa yang dia lalui sepanjang 33 tahun kehidupannya. Tiada tempat untuk berkongsi, jika dikongsi tiada siapa yang endah. Malah lebih dikerah untuk bekerja dan bekerja.
“Setiap bulan pasti ada saja yang perlu dibayar dan ditunaikan. Segala hasil titik peluh, perlu dahulukan keluarganya. Tiada alasan yang boleh diberikan, sebab ‘itulah tugas seorang anak sulung, jangan jadi anak derhaka’,” kongsinya.
BACA SINI: Pernah Dilempang Adik Sendiri, Shila Amzah Dah Sampai Limit...
Bukan itu sahaja, trauma yang dialami penyanyi lagu Patah Hati itu juga terpaksa dilupakan disebabkan tiada siapa yang mengambil berat tentang dirinya.
Malah Shila tidak berhenti ditimpa ujian apabila kehilangan adik ipar dan ibu mentua dalam tempoh mahu memulakan kehidupan baharu bersama suami tercinta.
“Gagal dalam perkahwinan pertama, dia mulakan kehidupan baru di perkahwinan keduanya. Juga tidak mudah untuk dia. Dikurniakan rezeki mendapat insan dan keluarga baru yang mendengar kisah kehidupannya, tetapi nikmat itu hanya sebentar.
“Dia kehilangan ibu mentua dan adik iparnya. Seminggu sebelum bertunang, kehilangan adik ipar. Beberapa hari sebelum bernikah, kehilangan ibu mentua.
“Saya sangka kehidupan saya sudah cukup mencabar dah penuh dugaan. Ternyata ada yang lebih besar untuk orang lain. Inilah dia kisah seorang wanita hebat yang saya kenali,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live