Dikerumun Ramai, Wanita Disyaki Mabuk ‘Dibuli’ Lepas Kamalangan! Netizen Desak Polis Siasat
Mya Amri
03/06/2024 18:50 MYT
03/06/2024 18:50 MYT
Seorang pemandu wanita yang dipercayai mabuk menjadi tular selepas didakwa melanggar sebuah kereta di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Wanita didakwa mabuk
Insiden itu tercetus apabila kenderaan yang dipandu wanita berkenaan dikatakan hilang kawalan dan merempuh sebuah kereta dan motosikal di bahu jalan.
Menerusi video tular berdurasi 2 minit 43 saat jelas merakamkan wanita itu dikerumuni beberapa penunggang motosikal yang berada di lokasi kejadian.
Difahamkan kejadian itu menjadi semakin kecoh apabila wanita yang dikatakan mabuk ketika itu enggan mengaku salah.
Tidak cukup dengan itu, wanita berkenaan juga turut mendakwa telefon pintarnya dicuri namun peranti tersebut kemudiannya ditemui di dalam beg galasnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dikerumun ramai lelaki, netizen mohon polis siasat
Bagaimanapun di ruangan komen video itu, netizen menggesa agar pihak polis tampil menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.
Netizen juga turut urut mempertikaikan tindakan orang ramai yang mengerumuninya itu seolah-olah 'membuli' wanita itu.
Malah ada juga yang cuba mencetuskan provokasi selain menyentuh dan menolak wanita terbabit termasuklah tindakan merakamkan gelagat wanita itu beramai-ramai.
“Dalam ramai ramai dekat situ tak ada seorang pun terfikir nak telefon polis ke apa? Apa motif nak provoke perempuan tu?” tulis seorang netizen.
“Siap jerit confirmed fyp tu memang niat nak buat content dah. Keliling manusia record pegang phone,” coret netizen lain.
“Jahatnya semua lelaki di situ. Biarkan perempuan tu sorang sorang macam tu. At least call polis ke, ni tak, bersorak tak tentu pasal,” komen netizen lagi.