Baru sahaja dilaporkan sudah berpisah dengan suami, Dalton Gomez, Ariana Grande dikatakan kini memiliki buah hati baharu.

Penyanyi lagu Thank U, Next itu dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan Ethan Slater, pelakon yang turut sama membintangi filem Wicked lakonannya.

Sumber terdekat memberitahu TMZ berkata, Ariana dan Ethan sudah mula berhubungan beberapa bulan lalu ketika mereka sama-sama berada di set penggambaran filem berkenaan.

Pada Mac lalu, Ethan dirakam ketika memeluk Ariana sewaktu para pelakon Wicked menghadiri majlis meraikan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di Anugerah Academy.

Ethan juga dilaporkan telah berpisah dengan isterinya, penyanyi Lilly Jay.

Terdahulu, laporan media menyatakan Ariana dan Dalton telah berpisah beberapa bulan lalu. Sungguhpun ada usaha untuk berbaik, namun kedua mereka gagal menuju ke arah itu.

Terdahulu, Ariana pernah mengikat tali pertunangan dengan pelawak Pete Davidson pada 2018 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.

Sumber: PageSix, TMZ

BACA: Ariana Grande Bercerai...