Laman Utama

"Dikhianati Orang Yang Dipercayai Memang Menyakitkan" - Ustazah Asma' Harun

gempak
Amri Hassan
18/02/2023
02:55 MYT
Sponsor Banner
"Dikhianati Orang Yang Dipercayai Memang Menyakitkan" - Ustazah Asma' Harun
Pendakwah bebas Ustazah Asma' Harun mencuri perhatian warganet menerusi perkongsiannya di Facebook baru-baru ini.
Dalam hantaran terbabit, Asma' menyifatkan ramai wanita masih tidak dapat mengecap nikmat bahagia selepas dikhianati terutama orang paling dipercayai.
"Dikhianati oleh orang yang dipercayai memang menyakitkan, namun dikhianati oleh orang yang diberikan kasih sayang dan pengorbanan lagi perit. "Ramai wanita terutamanya, masih tidak boleh melepaskan beban dan kesan dikhianati, emosi sesak dan perit dada ketika mengingati pengkhianatan itu dibawa kemana-mana, walaupun saat sepatutnya menikmati bahagia," kongsinya.
Hal itu mendapat pelbagai respon daripada warganet yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan Asma'.
"Pesanan buat isteri. Bila sudah pernah dicurangi, bersedialah untuk dimadukan atau untuk dilepaskan. Tetaplah jadikan Allah tempat sandaran, nescaya dirimu pasti takkan goyang.
"Bertarung dengan diri sendiri untuk mengubati perasaan. Perit yang dirasai tak mampu untuk diubati jika tiada usaha dari pihak sana. Semoga Allah berikan kekuatan kepada kita semua yang melaluinya. Kepercayaan hilang saat diri dikhianati berulang kali.
"Ramai juga wanita yang kurang berkemampuan yabg sedang disakiti dan dikhianati," demikian kongsi beberapa pengguna lain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live