Dikritik Nyanyi Acuh Tak Acuh, Siti Nordiana Beri Penjelasan

Kamaruddin Razal
November 20, 2017 12:30 MYT
Penyanyi lagu Terus Mencintai, Siti Nordiana menjelaskan tidak pernah melakukan perkara acuh tak acuh dalam setiap persembahannya.
Siti Nordiana atau Nana dikritik menyanyi dalam keadaan acuh tak acuh oleh juri tetap GV4, Datuk Ramli MS malam tadi.
Nana muncul membantu rakan baiknya, Lan Kristal dan mereka berduet menerusi lagu Naluri Cinta nyanyian asal Rohana Jalil dan To' Ki.
Menerusi sebuah entri di laman Instagram milik Nana, @sitinordiana, wanita itu menjelaskan pendiriannya dan mahu memperbaiki lagi mutu persembahan di masa akan datang.
"Persembahan semalam Naluri Cinta dengan Lan Kristal di Gegar Vaganza. Harap anda semua suka dan selamat maju jaya untuk Lan Kristal di Gegar Vaganza!
"By the way, semalam Nana dah nyanyi all out. Nana tak pernah buat benda acuh tak acuh. Segala persembahan Nana walau bukan Nana yang bertanding, Nana akan pastikan Nana tolong partner Nana. Tapi, its okaylah. Nana akan perbaiki lagi," tulis Nana.
GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @sitinordiana
#Siti Nordiana #GV4