Dikritik Pelihara Anjing, Nia Ramadhani: "Seperti Terlalu Sombong Mahu Menghakimi"
Maliah Surip
02/03/2021 02:50 MYT
02/03/2021 02:50 MYT
Kehidupan elebriti terkenal Indonesia, Nia Ramadhani memang menjadi sorotan wargamaya kerana dia boleh dikatakan antara yang aktif mengemas kini platform media sosialnya, terutama Instagram.
Dalam kemas kininya, Nia pun tak pernah menyembunyikan beberapa fakta tentang kehidupannya yang serba mewah. Dia juga tidak segan mempamerkan gaya hidup termasuk memelihara anjing yang selalu ditunjukkan kepada lebih 18 juta pengikut Instagramnya.
Salah seekor anjing kesayangan yang selalu dibawa bergambar dan berolahraga diberi nama Maximus. Ibu tiga anak ini tahun lalu sempat dikecam netizen kerana memilihara anjing dan bangga mempamerkannya walaupun sedar batas seorang Muslim dengan haiwan tersebut bersifat haram dipegang.
Sedar dirinya dikecam kerana memelihara anjing, Nia akhirnya memberi alasan mengapa dia berbuat demikian.
Seperti dilaporkan Insertlive, Nia yang menjadi tetamu di saluran YouTube Nyonya Boss Trans TV bersetuju dengan temannya yang mengatakan mencintai anjing seperti cinta tanpa syarat kerana haiwan tersebut amat memahami manusia.
"Ramai yang mempersoalkan kenapa kita Muslim tapi pelihara anjing? Menurut saya mencintai anjing seperti cinta tanpa syarat. Dia selalu peka mengenai keadaan kita," ujar teman Nia dalam temubual yang disiarkan pada Ahad lalu.
Bersetuju dengan kenyataan temannya, Nia kemudian memberi komen.
"Iya, saya tahu bagaimana rasanya. Menurut saya, terpulang sama ada amalan kita diterima atau tidak. Saya rasa manusia terlalu sombong untuk menilai siapa yang berdosa dan siapa tidak," katanya.
Isteri usahawan kaya ini kemudian melanjutkan bicara dengan berkata: "Maksud saya, kita manusia. Sama sama tidak lepas dari berbuat dosa.
"Jadi mari kita sama sama kurangi dosa dan belajar bersama."
Terdahulu aksi Nia yang melakukan sesi pemotretan bersama Maximus sekitar September tahun lalu menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya yang kebanyakannya mengkritik dan mempersoalkan pengetahuan agama serta halal haram wanita ini.
Instagram: @ramadhanibakrie