Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dikritik Penampilan Seperti ‘Tak Mandi’, Wargamaya Back-Up Masdo

Umirah Halim
17/05/2024 14:00 MYT
Penampilan penyanyi berkumpulan, Masdo menerima kritikan daripada warganet baru-baru ini apabila dikatakan seperti tidak mandi.

Penampilan Masdo

Hal itu tercetus selepas poster penampilan kumpulan itu pada Round Festival 2024 dikongsikan di media sosial baru-baru ini.

“Masdo ni pakai smart smart pun nampak macam tak mandi,” komen seoarang indvidu menerusi ulang siar (repost quote).

Sementara itu, menerusi ruangan komen hantaran tersebut ramai juga yang tampil mempertahankan pelantun lagu Dinda itu.

“Nampak je, tapi diorang wangi.

“Kulit cerah je lah baru nampak mandi?

“Kulit sawo matang, rambut style mcmtu pulak, memang la. Tapi orang Malaysia mandi ok.

“Rambut berminyak sangat dan tak trim kemas, memang nampak la mcm tak mandi. Dia nak contoh band The Chancuters.

“Sebab kulit sawo matang lah designer kena pilih warna sesuai untuk diorang, keamatan cahaya and everything. Come on lah team, lagu Masdo sedap tapi hire macam budak intern buat kerja,” komen beberapa netizen.

Sekadar info, kumpulan ini bakal membuat penampilan khas di Round Festival 2024 di Korea pada Julai ini.

Berita Trending: “Orang Kata Besar Periuk, Besarlah Keraknya” - Respons Awal…

Berita Trending: Muat Naik Video Promosi Bersama Jenama Pro-Israel, Zus…

#Netizen #Masdo #Mandi #Tak #Kritik