gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Fajar Noor Akui Cinta Lokasi Dengan Shabrina: “Tapi Itu Sudah Masa Lalu”
HIBURAN
Nazim Othman Jadikan Ammar Ayan Sumber Inspirasi - “Lagu Kebangsaan Dia Adalah Lagu Tema Saya”
BERITA
Budak Disumbat Dalam Bagasi Ketika Naik Bas
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

GEGAR VAGANZA ALL STAR

Dikritik Suara Hauk, Syafinaz Selamat - “Kalau Orang Kata Tak Sedap, Tak Apa Saya Terima”

Mya Amri
Mya Amri
23/10/2023
03:55 MYT
Sponsor Banner
Dikritik Suara Hauk, Syafinaz Selamat - “Kalau Orang Kata Tak Sedap, Tak Apa Saya Terima”
Penyanyi dan juri tetap, All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Datuk Syafinaz Selamat tidak kisah sekiranya nyanyiannya ketika membuat penampilan dalam sebuah program baru-baru ini menjadi kritikan netizen.
Tidak cepat melatah, Syafinaz berpendapat pandangan tentang perkara itu adalah subjektif bagi setiap individu.
“Pada saya muzik itu besar, terpulang pada mereka sama ada untuk suka atau tidak. Perkara itu adalah subjektif untuk semua orang.
“Ada yang suka dan ada yang tidak, saya okay dengan kritikan. Selama ini pun saya hidup dengan kritikan.
“Kadang-kadang bila orang tulis tak sedap, memang tak sedap menyanyi dekat sini. Kalau saya rasa tak sedap, orang kata tak sedap, saya terima. Tak mengapa.
“Saya belajar daripada kesilapan sendiri. Seperti yang sering saya katakan, saya selalu cuba untuk memperbaiki hasil kerja saya,” katanya ketika ditemui Gempak.
Syafinaz berkata demikian ketika ditemui selepas konsert kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.
Mengulas mengenai kritikan yang diterima, Syafinaz berkata tidak ambil hati sebaliknya akan terus memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.
“Sebagai seorang penghibur, saya memahaminya. Orang memang suka mengkritik, tapi tak mengapa, saya okay sahaja.
“Saya terbuka, kalau saya rasa benda itu betul, saya ambil dan perbaiki diri saya dan itulah cara saya berfikir.
“Kalau ada kritikan yang saya rasa boleh pakai, saya guna. Kalau saya rasa kritikan yang orang berikan pada saya itu tidak membantu saya sebagai seorang penghibur, saya hanya abaikan sahaja,” jelasnya.
Terdahulu, Syafinaz dikecam netizen selepas beberapa video dimuat naik di TikTok yang merakamkan dirinya menyanyikan lagu Persis Salju dan Europa nyanyian asal Mónica Naranjo menjadi tular.
Rata-rata netizen mengatakan mereka tidak memahami sebutan lagu Europa yang dinyanyikan olehnya selain vokalnya juga dikatakan kurang sedap.
Topic Berkaitan
#Netizen
#Naz
#Juri
#Syafinaz Selamat
#GEGAR
#Vaganza
#Tok
#Suara
#Juri Tetap
#Kritik
#Datuk Syafinaz
#Datuk Syafinaz Selamat
#GV10
#All Stars Gegar Vaganza
#ASGV
#Suara Hauk
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement