Bagaimanapun pelakon cantik ini tidak cepat melatah sebaliknya memberikan respon dengan begitu baik sekali.
Menurut Zulin, walaupun berjaya mengurangkan berat badannya namun dia masih lagi Zulin yang sama dan akan memperbaiki penampilannya dari masa ke semasa.
“Tembamkan? Tapi orangnya masih sama. “Zulin dah kurus, tudung pun makin pendek. Dulu gemuk elok je tudung labuh” - netizen
“Takde maknanya! Saya gemuk ke kurus ke, saya pakai tudung semua jenis. Labuh ada, pendek ada. Saya ni memang begini tapi tak semestinya terus begini. Doakan yang baik-baik untku saya okay,” tulisnya
Dalam pada itu, Zulin juga turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sering mendoakan dirinya.
“Terima kasih mendoakan. Saya tau ada niat nak menegur, ada juga nak membawang, ada pula saja nak menyakitkan hati, ada pula yang terus campak kita ke neraka. Terpulanglah, janji korang bahagia,” coretnya.

Zulin merupakan antara selebriti kesayangan ramai kerana personalitinya yang sangat menyenangkan selain peramah dan happy go lucky.