Dikutuk Ketiak Hitam, Penyanyi Yura Yunita: “Ada Masalah Ke…”
Maliah Surip
07/06/2023 02:50 MYT
07/06/2023 02:50 MYT
Penyanyi Yura Yunita dikutuk netizen gara-gara memperlihatkan bahagian ketiaknya menerusi sebuah video tarian yang dikemas kini di Instagramnya.
Padahal kata Yura, tujuan video tersebut dikongsi adalah sebahagian daripada latihan tarian penyanyi itu untuk persembahan Pertunjukan Tutur Batin.
Sayangnya, seorang netizen telah meninggalkan komen berbunyi: “Macam mana boleh yakin diri tayang ketiak tak cantik?”
Ada yang mengatakan ketiak penyanyi Tutur Batin itu berwarna hitam.
Yura yang mengaku pada mulanya berasa sedih menerima sindiran tersebut menjelaskan sebagai manusia dia merayakan ketidaksempurnaan diri.
“Jujurnya saya sempat sedih dan rasa down kerana saya buat video latihan tarian, angkat-angkat tangan tapi yang didapatkan adalah soal ketiak tidak cantik.
“Ada masalah ke jika ia tidak cantik? Saya memilih merayakannya dan yang penting adalah bagaimana kita menjaga atau merawatnya,” ujar Yura seperti dilaporkan Detik.com.
Selain ketiak, Yura mengaku mempunyai banyak ketidaksempurnaan lain pada beberapa bahagian badannya.
Ini termasuklah mempunyai perut berlipat dan jerawat yang keluar setiap bulan.
“Dan sekali lagi saya memang tidak sempurna tetapi ini semua proses untuk saya menjadi versi yang terbaik buat diri sendiri,” katanya lagi.