Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
GAYA HIDUP

Dilabel Iron Lady, Nurizzati Athirah Diiktiraf Jurukimpal Wanita Pertama Malaysia!

Azwa Rahman 26/06/2019 | 07:51 MYT
Seorang gadis manis bernama Nurizzati Athirah membanggakan kaum wanita apabila diiktiraf sebagai wanita pertama yang berjaya menjadi jurukimpal di Malaysia.
Gadis berusia 22 tahun dari Selama, Perak ini gemar mencuba sesuatu yang baru terutamanya aktiviti yang menguji daya ketahanan sehingga mencipta rekod dalam bidang yang dikuasai kaum lelaki.
Bergelar jurukimpal, pemilik nama sebenar Nuruzzati Athirah Mohamad Yusoff ini melakukan kerja-kerja welding di tengah lautan.
Memulakan kariernya sebagai jurukimpal profesional dalam air pada tahun 2018, Athirah merupakan pelajar wanita tunggal yang mengikuti kursus kimpalan dalam air di Kolej Vokasional Taiping pada tahun 2013.
“Saya seronok pada usia muda menceburi bidang ini, kita seharusnya pandang ke depan.
“Selagi sihat tubuh badan dan kalau betul-betul minat (kimpalan dalam air) tidak salah untuk mencuba”, ujarnya kepada Bernama.
Di laman sosial, netizen turut sama berbangga dan kagum dengan kejayaan yang diperoleh Athirah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, pendapat sebagai jurukimpal professional boleh mencecah RM218,000 setahun.
#wanita #Karier #Power