Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dilabel Nampak Macam Nenek Bila Dengan Suami, Jasmin Hamid Komen - “Apa Salah Saya Dekat Awak..?”

Mya Amri
23/01/2024 05:55 MYT
Pelakon, Jasmin Hamid memberikan teguran terhadap seorang netizen yang melabelkan dirinya kelihatan seperti nenek apabila bersama suami.

Menurut Jasmin, tindakan netizen itu dianggap keterlaluan kerana meninggalkan komen yang melukakan hatinya.

“Astghfirullahalazim, hazabnya mulut awak ni. Apa salah saya dekat awak, awak sudahlah bukan follower saya.

“Masuk rumah saya lepas tu tinggalkan komen macam ni, awak tahu tak awak dah sakitkan hati saya dan yang paling penting awak telah menidakkan kebesaran Allah.

“Awak lupa ya jodoh, ajal, maut, rezeki semuanya di tangan Allah. Begitu juga saya bila dijodohkan dengan suami muda,” ujarnya dalam satu video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Bagaimanapun kata Jasmin, sebagai seorang manusia dia telah pun memaafkan individu tersebut.

“Itu adalah rezeki saya dan ketentuan Allah. Tak apalah, saya maafkan kekhilafan awak dan saya doakan awak mendapat hidayah untuk menjadi manusia yang lebih baik dan memberi manfaat kepada manusia yang lain,” katanya.

undefined
Terdahulu, seorang netizen telah meninggalkan komen ‘Nenek dengan cucu’ dalam video sambutan ulang tahun perkahwinan kedua Jasmin bersama suaminya, Nazmir Abd. Rahim.

Disebabkan itu juga, Jasmin kemudiannya memuat naik satu video untuk menegur sikap biadap netizen berkenaan.

Jasmin dan Nazmir mendirikan rumah tangga pada November 2021.

Sebelum ini, Jasmin pernah berkahwin dengan Ian Rashid pada 2000 dan berpisah pada 2008.

Hasil perkahwinan terdahulu Jasmin dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ian Haziq.

#Jasmin Hamid #Suami #Nenek
;