Laman Utama

Dilabel Sebagai Pelacur Yang Berkahwin Dengan Doktor, Alicia Amin Tak Terasa - “Ada Jodoh, Biarlah”

gempak
Azwa Rahman
15/02/2021
05:20 MYT
Sponsor Banner
Dilabel Sebagai Pelacur Yang Berkahwin Dengan Doktor, Alicia Amin Tak Terasa  - “Ada Jodoh, Biarlah”
Pelakon dan model Alicia Amin tidak berkecil hati apabila ada yang segelintir wargamaya menggelarkannya sebagai pelacur yang berkahwin dengan seorang doktor.
Pada Ahad, Alicia berkongsi sebuah komen daripada wargamaya yang memanggilnya dengan gelaran itu pada foto persandingannya bersama suami, Farzan Iqbal.
Menurut Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin, 26, dia mengingatkan agar jangan sesekali melontarkan pendapat yang tidak berasas terhadap wanita.
“Saya sebenarnya berkongsi komen tu sebab kelakar la tengok orang bitter.
“Kalau betul pun seorang “pelacur” atau pekerja seks itu nak berkahwin dengan doktor, ada jodoh biarlah. Tapi apa yang lebih serius di sini, jangan gunakan istilah yang misoginistik atau bersikap prejudis untuk cuba menjatuhkan orang lain. Kalau tak suka tengok, keep walking,” ujarnya ketika dihubungi Gempak.
Tambah Alicia, suaminya, Farzan, 27, turut membaca komen tersebut dan menganggap perkara itu sebagai jenaka.
“Kitorang gelak je. Dia lebih kurang macam saya, jenis tak kisah.
“Seperti yang awak tahu, saya dah terbiasa dengan orang membenci saya. Saya faham semua manusia ada perbezaan pendapat masing-masing,” jelasnya lagi.
Semalam Alicia dan sah bergelar isteri dengan sekali lafaz dinikahkan bapanya Raja Amin Raja Mokhtar.
Majlis pernikahan Alicia dan Farzan yang berlangsung di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur itu hanya dihadiri oleh enam orang sahaja iaitu keluarga terdekat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live