Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Dilabel Suara Seperti Sampah, Eza Edmond Bangga 'Bahagia' Berhasil

Zulaikha Yusof 04/02/2019 | 06:00 MYT
Penyanyi Eza Edmond akui dirinya kurang popular berbanding single sulungnya, Bahagia.
Namun begitu, Eza berasa bangga kerana usaha sulungnya berhasil walaupun mengambil masa selama tiga tahun.
"Saya panggil lagu Bahagia ini sebagai lagu yang berhantu. Sekejap dia berada di atas, sekejap di bawah.
"Saya terima kenyataan apabila lagu ini lebih popular berbanding saya sebagai penyanyinya.
"Lagu itu diperkenalkan di You Tube pada tahun 2016 namun baru kini mendapat perhatian peminat.
"Sekalipun mengambil sedikit masa, saya bangga kerana usaha sulung ini tidak sia-sia," katanya kepada Gempak.
Eza ditemui ketika majlis pelancaran single dan muzik video Bahagia di Bukit Kiara Resort baru-baru ini.
Tambah penyanyi yang berasal dari Sabah dia tidak terlepas daripada kecaman segelintir netizen.
"Yang paling terkini kecaman saya dapat adalah suara saya seperti sampah.
"Falsafah hidup saya 'lantak kau'. Hanya diri saya yang tahu naik turun kehidupan saya," katanya lagi.
#Eza Edmond #Bahagia
;