Hiburan
Dilamar Kekasih, Acha Septriasa Bakal Tinggalkan Dunia Lakonan?
Pelakon yang popular menerusi filem Heart, Acha Septriasa akui telah dilamar oleh teman lelakinya, Vicky Kharisma.
Menurut Acha, dia mungkin akan menetap di Australia sebaik saja bergelar isteri kerana tunangannya itu bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah perusahaan teknologi terkemuka di negara berkenaan.
Bagaimanapun buat masa ini dia masih belum memberikan kata putus mengenai keputusannya untuk berhenti dari bidang lakonan.
“Mungkin saya akan meninggalkan dunia lakonan selepas berkahwin kerana saya akan menetap di Autralia bersama suami.
“Doakan yang baik-baik untuk kami berdua. Buat masa ini saya masih tidak dapat memberikan kata putus mengenai kerjaya lakonan kerana semuanya masih lagi dalam perbincangan.
“Saya harap bakal suami saya nanti faham betapa hebatnya cinta saya terhadap dunia lakonan sehingga saya sukar untuk membuat keputusan sama ada mahu berhenti berlakon atau tidak,” katanya.
Terdahulu pemilik nama Jelita Septriasa ini pernah melangsungkan pertunangan dengan Radipto Indra Rukmana (Dito) pada 21 Julai 2014, namun putus tidak lama selepas itu.
Acha juga merupakan bekas kekasih kepada pelakon dan penyanyi popular Irwansyah.
Olahan: Mya Amri
Sumber: Kapanlagi / Bintang.com