Dilamun Cinta, Paparazzi Rakam Aksi Selena Gomez Bercium Dengan The Weeknd

Kamaruddin Razal
Januari 12, 2017 04:12 MYT
Penyanyi lagu Love You Like A Love Song, Selena Gomez dikhabarkan sedang dilamun cinta dengan penyanyi The Weeknd selepas aksi mereka bercium mesra berjaya dirakamkan oleh paparazzi.
Aksi mesra Selena dan The Weeknd berjaya dirakamkan selepas mereka berdua selesai makan malam di sebuah restoran terkemuka di Los Angeles.
"Pertemuan mereka pada malam tersebut berlangsung selama tiga jam dan tidak melibatkan orang lain. Selena dan The Weeknd hanya makan malam berdua sahaja.
"Selepas keluar dari restoran, sementara menanti pemandu masing-masing tiba, Selena dan The Weeknd berpelukan dan berciuman.
"Selena kelihatan sangat rapat dan mesra bersama The Weeknd. Selena juga kelihatan sangat gembira seperti seorang wanita yang sedang dilamun cinta," kata sumber.
Sebelum ini, The Weeknd yang kini popular dengan lagu Starboy menjalinkan hubungan dengan model terkemuka, Bella Hadid namun percintaan mereka putus pada November tahun lalu.
Olahan oleh: Kamaruddin Razal
Sumber: E News
Foto: TMZ
#Selena Gomez #cium #The Weeknd