Hiburan
Dilarang Merentas Negeri? Ini 5 Sebab Mengapa Anda Patut 'Tarik Nafas Lega' Tak Balik Beraya Tahun Ini!
Tahun ini pastinya antara yang paling sukar buat masyarakat Islam di Malaysia khususnya apabila terpaksa menyambut hari raya ketika Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB).
Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan menetapkan aktiviti ziarah-menziarahi pada setiap perayaan dalam masa terdekat ini hanya dihadkan pada hari pertama sahaja.
Malah jelasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat rondaan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.
Sudahlah tidak boleh pulang ke kampung, raya pun tidak meriah? Tapi adakah semua ini harus dipandang negatif saja?
Gempak senaraikan 5 sebab anda patut gembira beraya dalam keadaan PKP!
#1 Tiada Lagi Baju Raya Berpasang-Pasang...Jimat!
Pastinya beraya ketika PKPB telah 'mematikan' mood raya sesetengah orang. Tambahan pula sesiapa yang masih bujang dan jauh dari keluarga.
Nak beraya sakan pun hanya boleh pada hari pertama itu pun perlu mengikut SOP kerajaan.
Lihat secara positif, duit baju raya boleh disimpan untuk kegunaan yang lebih penting!
#2 Maaf Budak-Budak, Tahun Ini Tak Ada Duit Raya!
Jika sebelum ini, amalan untuk menukar duit di bank jadi keutamaan setiap kali menjelang raya.
Namun, tahun ini nampak gayanya kuranglah proses pengeluaran wang itu.
Jika ada sekali pun mungkin saudara rapat.
#3 Tak Perlu Basuh Pinggan Mangkuk All The Time
Secara logiknya, ini antara rutin setiap kali tetamu hadir ke rumah.
Bukan merungut tapi itulah keadaan normal setiap kali raya. Meriah!
Tahun ini anda boleh berehat untuk buat itu semua.
#4 Tiada Tambahan Berat Badan
Tiada amalan kunjung mengunjung, ziarah menziarahi maknanya tiadalah rumah terbuka.
Tiada lagi lemang, satey, soto, kambing golek free untuk dinikmati setiap kali berkunjung ke rumah terbuka.
Ini bermakna anda juga boleh jaga badan!
#5 Sorry Makcik, Soalan 'Bila Nak Kahwin' Ditunda Sehingga COVID-19 Selesai
Berderau rasanya setiap kali saudara mara terdekat berkunjung ke rumah setiap kali raya.
Bimbang sekiranya soalan yang sama ditanyakan kembali.
Namun, tahun ini anda yang masih bujang tu boleh tarik nafas lega. Tiada lagi soalan 'maut' diajukan.
Walaubagaimanapun, kesemua faktor ini bergantung juga kepada individu, ada yang bersetuju tidak kurang juga yang masih tidak boleh menerima keputusan kerajaan melarang kita semua merentas negeri.
Apapun yang pasti biarlah orang tersayang kita di kampung sihat dan selamat okay!