Pelitup muka boleh dikatakan produk paling laris ketika ini apabila hampir kesemua negara mewajibkan penggunaannya dalam membendung penularan COVID-19.

Ketika ini juga terdapat banyak pelitup muka dihasilkan mengikut trend dan reka bentuk yang lebih modern.

Namun, tahukah anda pengeluar produk gaming terkemuka, Razer turut bercadang untuk mengeluarkan pelitup muka yang lebih pintar?

Dikenali sebagai Project Hazel, pelitup muka ini merupakan jenis penapis N95 yang boleh dipakai berkali-kali.

Apa yang lebih menarik, terdapat dua kipas pada bahagian pipi menarik dan menolak udara keluar dari kebuk udara secara aktif.

Bahagian hadapan pelitup muka pula menggunakan material lutsinar bagi memudahkan OKU pendengaran membaca pergerakan bibir.

Selain itu, ia juga turut disertakan dengan sistem lampu RGB Razer Chroma yang sinonim dengan produk Razer.

Paling menarik sudah tentutnya fungsi pembesar suara juga yang menguatkan percakapan pemakai.

Pelitup muka ini kemudian perlu disimpan dan dicas secara tanpa wayar di dalam bekas khas

Difahamkan, Project Hazel ini masih lagi sebuah konsep dan bukan untuk dipasarkan.

Namun, pengguna pastinya menantikan produk inovatif seperti memandangkan pandemik COVID-19 masih belum berakhir.