Laman Utama

Dimarahi Pengantin Wanita Atas Pelamin, Netizen: "Selamat Datang Di Barisan Suami Suami Takut Isteri"

Maliah Surip
15/08/2021
02:50 MYT
Beberapa hari lalu media sosial terutamanya Indonesia kecoh dengan sepotong video viral mengenai pasangan pengantin baharu yang sedang bersanding.
Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan seorang pengantin wanita sedang memarahi suaminya di atas pelamin.
Insiden tersebut terjadi ketika keduanya tengah melakukan sesi fotografi bersama. Sesi fotografi yang awalnya berjalan baik, bertukar menjadi tegang apabila pengantin wanita dilihat tiba-tiba memarahi suaminya.
"Tak nak ikut kenapa? Aku cakap boleh, kau cakap tak boleh kenapa?," kata mempelai wanita dalam bahasa Jawa, lapor Insertlive.
Meski dimarahi, pengantin lelaki dilihat tidak memberi sebarang respon terhadap 'bebelan' si isteri. Dia malah kelihatan sangat tenang sambil tersenyum dan menunduk kepala.
Kejadian tersebut turut disaksikan para tetamu yang hadir dalam acara pernikahan mereka. Kebanyakan daripada mereka tidak dapat menahan tawa melihat insiden yang terjadi.
Setelah video tersebut tersebar, netizen beramai ramai memberi komen lucu terhadap insiden tersebut.
Walaupun tidak mengetahui apa permasalahan yang terjadi, namun netizen tetap ingin meninggalkan komen masing masing.
"Wah, baru kahwin sudah bergaduh," kata seorang wanita.
Sementara itu ada yang mengingatkan lelaki tersebut mungkin akan masuk dalam kelab suami suami takut isteri.
"Selamat datang mas di barisan suami suami takut isteri hahaha," komen @subed***.
"Ini mah marah manja...Bukan marah yang emosi ribut," kata @omar***.
"Kalo kata mas nya 'Biar dimarahin yang penting senyum' haha," tulis @oten***.
Sumber: Insertlive
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Johan Pertandingan Menangis Beramai-Ramai Ini Bawa Pulang RM143.50

gempak
27/07/2024
00:55 MYT
Satu acara pertandingan menangis diadakan di Tegal, wilayah Jawa Tengah dengan pemenang membawa pulang hadiah berupa wang tunai 500,000 rupiah (RM143.50).
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.