Dimasukkan Ke Hospital, Afieq Shazwan Stabil

Rozaimi Zubaidi
Oktober 6, 2018 03:35 MYT
Finalis program Big Stage, Afieq Shazwan, dimasukkan ke hospital pada petang semalam selepas mengalami masalah kesihatan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Afieq memohon maaf kepada semua pihak dan menjelaskan dia masih memerlukan rehat yang secukupnya diatas nasihat doktor.
"Salam, untuk pengetahuan semua Afieq dimasukkan ke Hospital jam 3 petang tadi atas masalah kesihatan yang tak dapat dielakkan.
"Afieq akan menjalani rawatan selama beberapa hari di hospital atas nasihat doktor.
"Afieq dalam keadaan stabil dan Afieq memohon maaf tidak dapat menjawab semua panggilan kerana doktor menasihatkan supaya Afieq berehat.
"Anda boleh menghubungi pihak FMC untuk perkara berkaitan jadual kerjaya Afieq. Afieq mohon doa kalian untuk kesejahteraan kesihatan Afieq.
"Afieq dahulukan ucapan terima kasih atas keprihatinan semua," tulisnya.
Rata-rata yang terkejut dengan gambar yang dikongsikan oleh Afieq mendoakan agar dia segera sembuh selepas mendapat rawatan di hospital.
#Penyanyi #Penyanyi #Afieq Shazwan