Bagi peminat lagu I'm Yours, semestinya terubat rindu apabila penyanyi antarabangsa Jason Mraz membuat 'comeback' di Malaysia.

Kehadiran pemenang Grammy itu ke Kuala Lumpur adalah bersempena dengan konsert 'Good Vibes Tour 2019' yang diadakan di Axiata Arena, malam tadi.

Dibanjiri oleh lebih 10,000 penonton, Gempak kongsikan sembilan perkara menarik yang berlaku sepanjang acara tersebut:

1. Walaupun di bulan Ramadan, peminat sanggup tiba awal di perkarangan Axiata Arena untuk melakukan pemeriksaan diri serta mendapat tempat yang bagus.

2. Penyanyi dan komposer Aizat Amdan membuka pentas konsert menerusi lagu Sampai Hari Ke Tua.

3. Penonton menjerit sekuat hati apabila Jason Mraz mula mengambil tempat di pentas.

4. Persembahan mantap Jason menyanyikan 20 buah lagu membuatkan penonton tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing.

5. Sporting! Penonton menyanyikan lagu serta menari bersama-sama mengikut alunan muzik.

6. Ruang Axiata Arena bercahaya dengan suluhan lampu dari telefon pintar penonton.

7. Konsert Jason diiringi kumpulan pemuzik yang terdiri daripada pemain bass, penyanyi latar dan 'percussion'.

8. Tanpa kawalan ketat! Peminat dibenarkan untuk merakam video serta berdiri berdekatan dengan pentas utama ketika penghujung konsert untuk mengabadikan memori bersama Jason.

9. Jalan kembali sesak apabila penonton berpusu-pusu pulang ke kediaman selepas konsert.

Pada malam itu, Jason Mraz telah menyanyikan lagu You and I Both, Let's See What The Night Can Do, Living In The Moment, Geek In The Pink, Details In The Fabrics, More Than Friends, Unlonely, I'm Yours, Lucky, Make It Mine, A Beautiful Mess, Be honest, Love Is Still The Answer, 93Million Miles, I Won't Give Up, 3 Things, Have it all, Might As Well Dance dan Love Someone.

'Good Vibes Tour' telah bermula di Amerika Utara pada musim panas yang lalu dan kini konsert jelajah diteruskan ke Asia iaitu Manila, Singapore, Malaysia, Shanghai, Hong Kong, Bangkok dan Taipei.