gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hilang Secara Misteri, Ahli Kumpulan Muzik Mexico Muncul Semula Tanpa Penjelasan
GAYA HIDUP
The Experts: Cinta Tak Kenal Usia? Hati-Hati, Anda Mungkin Sedang Langgar Undang-Undang
HIBURAN
Anak ‘Syurga’ Rahmad Mega Meninggal Dunia - “Saya Terpaksa Bergegas Pulang Dari…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Diminta Banyakkan Lagu Galau & Merintih, Siti Nurhaliza: “Saya Kalau Boleh Cuba Seimbangkan”

gempak
Khairil Khusyairi
05/05/2025
09:51 MYT
Sponsor Banner
Diminta Banyakkan Lagu Galau & Merintih, Siti Nurhaliza: “Saya Kalau Boleh Cuba Seimbangkan”
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui lagu berentak sedih atau merintih mudah menarik seseorang pendengar untuk menyukai sesebuah karya di era kini.

Mudah Pikat Pendengar

Menurut Siti, setiap pendengar itu mempunyai pilihan dan pendapat sendiri untuk mendengar atau menyukai sesebuah lagu.
“Kadang-kala bila terfikir orang Malaysia ini ada yang suka beremosi merintih.

“Mungkin lagu seperti ini mudah (pikat pendengar) kerana dalam keadaan sekarang kebanyakan orang mempunyai emosi tersendiri.

“Dan ada yang suka dengar lagu genre begini, jadi itu masing-masing punya pilihan dan pendapat,” katanya kepada Gempak.

Perlu Seimbang

Ditanya apakah akan mengeluarkan karya berentak sedih atau merintih lagi, pelantun lagu Purnama Merindu itu berkata, perlunya ada keseimbangan dalam sesebuah penghasilan album.

“Saya kalau boleh dalam satu album tak mahu semuanya lagu sedih, kena ada elemen positif, ketuhanan juga walaupun boleh membawa pelbagai maksud.

“Saya cuba seimbangkan, jadi tak ada terlalu banyak lagu sedih, tak bagus juga kan, jadi memang kena seimbang,” jelasnya lagi.
Terdahulu, ada sesetengah peminat di media sosial menyuarakan mahukan Siti Nurhaliza menghasilkan lebih banyak lagu berentak sedih atau galau berbanding lagu yang mempunyai elemen positif.

Syukur Jika Peminat Suka

Bercakap mengenai lagu Sesal, Siti Nurhaliza bersyukur sekiranya karya komposer, NurzaidiAbd. Rahman itu berjaya memikat halwa telinga pendengar.

“Saya hanya menjalankan tangunggjawab untuk sampaikan lagu ini berdasarkan filem dan jalan cerita filem Telaga Suriram, jika betul kena pada hati seseorang, Alhamdulillah nyanyian saya diterima baik.

“Saya cuba sampaikan dengan sebaik mungkin, syukur kalau berjaya dan ramai yang suka,” katanya.
Mengangkat tema penderitaan seorang ibu kehilangan anak perempuan secara misteri, Sesal menyelami perasaan mendalam sarat dengan kerinduan, kesedihan dan rasa putus asa.
Lagu Sesal boleh didengari di semua platform penstriman digital kegemaran manakala video muzik boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Siti Nurhaliza
#peminat
#Lagu
#emosi
#Galau
#Merintih
#Seimbang
Must-Watch Video