Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Diminta Bertaubat Kerana Kahwin Sesama Jenis, Bintang Bigo Key Ikeyda: "Sah Ataupun Tidak Sah..."

Maliah Surip 11/11/2020 | 17:11 MYT
Dunia hiburan Indonesia memang tidak pernah surut dengan pemberitaan sensasi dan di luar jangka.
Terkini, sejak semalam viral berita perkahwinan sesama jenis seorang selebriti media sosial yang terkenal di laman Bigo, Key Ikeyda.
Key Ikeyda diketahui umum merupakan seorang lelaki yang cuba menjadi wanita termasuk dari segi fizikal dan penampilannya.
Semalam dia mengejutkan pengikut di laman sosial Instagramnya apabila memuat naik beberapa momen dirinya dalam majlis akad nikah dengan pasangan yang juga merupakan seorang lelaki.
Tindakannya itu kemudian menimbulkan kemarahan kerana banyak yang sudah tahu dirinya juga seorang lelaki dan mengatakan apa yang dilakukannya sebagai salah serta 'perkahwinan' itu tidak sah.
Tidak sedikit juga netizen yang mengingatkan Key Keyda bahawa perbuatan yang dilakukannya iaitu berkahwin sesama jenis salah di sisi Allah dan meminta agar dia bertaubat.
Namun, apa yang mengejutkan, dia yang juga menuliskan namanya sebagai Diah Ayu di Twitter menjawab kritikan netizen melalui sebuah video berdurasi sekitar 3 minit.
Dengan berpenampilan menggenakan tudung dan baju kurung, Key Ikeyda mengatakan perkahwinan yang dilakukannya adalah sebuah bukti buat keluarga dan masyarakat bahawa dia sudah berusaha keras untuk menjadi perempuan yang lebih sempurna dan meninggalkan masa kelamnya.
"Di sini saya ingin menjelaskan kepada semua masyarakat Indonesia dan sesiapa yang menonton tentang perihal pernikahan saya.
"Bagi saya pernikahan adalah sebuah sejarah penting dan bukan main main.
"Iya, saya memang bukan perempuan yang lazim. Saya jujur saya bukan perempuan yang sempurna sejak lahir. Saya berusaha menjadikan diri sebagai seorang perempuan di mata Allah, keluarga dan semua," katanya di video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, @key_ikeyda.
Menjawab kritikan masyarakat termasuk mengatakan perkahwinan sesama jenisnya sebagai tidak sah, tanpa menjelaskan secara terperinci tentang proses pernikahan yang berlangsung, dia tetap menegaskan dirinya sebagai seorang wanita yang bernikah dengan kekasih lelaki.
"Sah ataupun tidak sah menurut kalian, tapi saya bukan orang bodoh dan mengerti peraturan.
"Kalau kalian tidak tahu tentang diri saya, tolong hentikannya," kata Key Ikeyda.
Dia juga mengatakan ingin membuktikan buat keluarga pernikahan adalah titik buatnya menjadi wanita yang terhormat.
"Izinkan saya membuktikan menikah adalah titik akhir bukti buat keluarga. Terlepas dari kehidupan masa lalu, sekarang saya menjadi wanita yang terhormat.
"Ini adalah pilihan hidup dan tujuan terbaik saya," kata Key Ikeyda sambil meminta maaf kerana telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat terhadap identitinya.

#bigo #bigolive #bigoliveindonesia

A post shared by Key Ikeyda (@key_ikeyda) on

#Bigo #Key Ikeyda #Nikah sejenis
;