Diminta Jangan Asyik Bergambar Semasa Tunai Umrah, Ini Respons Eyka Farhana - “Kenapa Tak Boleh Nak Post Kalau Untuk Nak Tunjuk Yang…”
Asyikin Mayudin
23/07/2024 11:55 MYT
23/07/2024 11:55 MYT
Pelakon Eyka Farhana tidak setuju dengan pendapat segelintir pihak yang berasakan tindakan berkongsi foto dan video sepanjang menunaikan umrah di Tanah Suci, Mekah tidak bersesuaian.
Tiada Masalah Berkongsi
Malah pelakon berusia 29 tahun ini beranggapan tiada masalah untuk berkongsi keindahan Tanah Suci sama seperti perkongsian foto sewaktu bercuti di luar negara.
“Ada yang kata, kalau pergi ke tanah suci tak perlu nak post atau anything sangat, be low profile, janganlah asyik bergambar sahaja.
“Ya Allah, kenapa tak boleh nak post kalau untuk nak tunjuk yang betapa indahnya Tanah suci (Mekah), kalau kita travel ke negara lain habis 10 kali post tak ada masalah,” kata Eyka.
ARTIKEL BERKAITAN: Adik Jadi ‘Penyebab’ Eyka Farhana Berkenalan Dengan Akhyar Rashid - “Alhamdulillah Dah Hampir 5 Tahun…”
ARTIKEL BERKAITAN: Tunggu Sampai Seru, Eyka Farhana Tak Tolak Bersuamikan Akhyar Rashid
Eyka berkongsi pendapatnya itu menerusi platfrom Thread miliknya pada Selasa.
Pada perkongsian yang sama, Eyka turut memberitahu niat dia hanya untuk menunjukkan keindahan bumi Mekah dan Madinah selain sedikit sebanyak dapat mengajak orang lain untuk menjejak kaki ke sana.
Tunjuk Keindahan Tanah Suci
“Niat kita hanya lah untuk tunjuk yang sangat indah bumi Mekah dan Madinah, dalam masa yang sama dapat juga sedikit sebanyak ajak yang lain nak kesini (dengan izinya),” ujarnya lagi.
Untuk info, Eyka bersama adiknya iaitu Dyba Farhana berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah pada 14 Julai lalu.