Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Diminta Masak Makanan Israel, Lelaki Ini Dipuji Sebab…

Firdaus
19/11/2023 08:55 MYT
Seorang lelaki baru-baru ini menjadi tular di Platform X setelah diminta untuk memasak makanan dari Israel.

Apa yang menariknya, lelaki itu memaparkan bahan-bahan masakan seolah-olah ‘halimunan’ sinonim dengan negara Israel yang dianggap sebagai tidak wujud.

Video tersebut menerima respons positif daripada warganet di mana majoriti memberi penghargaan kepada lelaki tersebut atas solidariti yang ditunjukkan terhadap Palestin.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Antara komen yang diterima:

“Ini memang sangat cerdik,”

“Ini sangat tepat, Israel tak wujud,”

“Sebagai rakyat Malaysia, saya bangga dengan atuk,”

“Palestin akan bebas.”

Sekadar info, lelaki dalam video berkenaan merupakan rakyat Malaysia, namun video itu dimuat naik kembali di X oleh satu akaun yang memaparkan konten-konten antarabangsa.

Terdahulu, konflik Israel-Palestin kembali menjadi fokus dunia selepas Hamas melancarkan serangan ke atas negara haram itu pada 7 Oktober lalu.

BERITA TRENDING: “Teruk Sangat Ke Content I Buat?” - Lantang Bersuara Isu Palestin, Uyaina Disekat Di Aplikasi TikTok

Sumber: Platform X

#Viral #Malaysia #Israel #Lokal #Palestin
;