Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dina Nadzir Masih Terasa Dengan Pemergian Adibah Noor - “Saya Bukan Sedih Tapi Hanya Terlalu…”

Asyikin Mayudin
21/01/2023 07:50 MYT
Pemergian penyanyi Allahyarham Adibah Noor pada 18 Jun tahun lalu masih memberi kesan yang mendalam kepada penyampai radio Era FM iaitu Dina Nadzir.

Ketika radio memutarkan lagu Adibah, Dina berasa pilu kerana teringatkan arwah yang sentiasa menjadi tempat mengadu dan meminta nasihat mengenai hal kerja.

“Setiap kali saya mendengar suara awak, ia memberi pukulan yang kuat kepada saya bahawa awak sudah tiada. Awak adalah jiwa yang indah. Dalam dan luar.

“Ana tak ada tempat nak luah masalah. Ana hilang tempat nak mengadu dan minta nasihat apabila ia melibatkan kerja,” luah Dina menerusi Instastory miliknya.

Bagaimanapun Dina yang juga bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) ini bukan bersedih atas pemergian rakan baiknya namun sebaliknya hanya meluahkan rasa rindu.

“Tapi saya pasti awak di tempat yang lebih baik, menari bersama kucing-kucing awak. Teringat betapa awak suka kacau saya, betapa awak suka apabila kami kacau awak.

“Saya bukan sedih, Saya hanya terlalu rindukan awak. Al-fatihah,” kata Dina lagi.

Untuk rekod, penyanyi lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat pada 18 Jun tahun lalu.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.



#Adibah Noor #Dina Nadzir #Dina #Dina Adibah
;