Dini Dituduh Lebih Hormon Wanita Punca Tak Dapat Anak, Janna Nick Anggap Komen Itu Kurang Ajar - “ Kami Dah Buat Macam-Macam”
Asyraf Roslan
05/11/2024 08:50 MYT
05/11/2024 08:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Janna Nick meluahkan rasa kecewanya apabila ada individu yang memberi komen negatif terhadap suaminya, Dini Schatzmann.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner menyifatkan komen yang diberikan individu berkenaan yang menuduhnya tidak boleh mengandung kerana Dini mempunyai hormon wanita lebih adalah sebagai kurang ajar.
“Pagi ini saya sangat terkesan dengan satu komen.
“Selalunya saya tak kisah sangat kalau orang tanya bila nak ada anak tapi untuk komen Dini mesti over hormon perempuan banyak sebab tu susah dapat anak adalah sangat kurang ajar.
“Sebab kami dah buat macam-macam dan lakukan yang terbaik untuk dapatkan anak. Bila orang tanya kita bila nak dapat anak, anda ingat saya tak tanya kepada diri sendiri dan berdoa kepada Allah tanya bila nak dapat anak,” luah Jannah menerusi satu hantar video di Instagram pada Selasa.
Pelakon yang popular dengan filem Kimci Untuk Awak itu juga berkata dia dan suami sudah berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan zuriat yang pertama.
“Sekarang cukup setahun saya buat IVF dan saya gagal. Kami dah cuba macam-macam.
“Saya pun kurangkan kerja dan tak ambil kerja yang makan masa yang panjang sebab saya nak ubah cara hidup, kerja, pemakanan dan senaman,” katanya.
Oleh itu, Janna meminta agar semua pihak berhenti untuk bertanya soalan itu kepadanya dan juga Dini.
Pada masa sama, dia turut memberitahu sekiranya hari bahagia itu tiba dia akan berkongsi dengan semua orang.
Pasangan ini berterima kasih kepada semua individu yang memberi komen positif dan mendoakan agar mereka berdua dikurniakan zuriat.
Sekadar info, Janna dan Dini telah selamat mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023.