Pelakon dan bekas ahli gusti, Dwayne Johnson atau dikenali sebagai The Rock dinobatkan sebagai selebriti paling bernilai tinggi di Instagram (IG).

Perkara itu didedahkan menerusi laporan dibuat oleh BBC News.

Difahamkan, jumlah berkenaan diambol menerusi penilaian dan kaji selidik dibuat oleh sebuah platform sosial dikenali sebagai Hopper HQ.

Menerusi kaji selidik berkenaan, setiap selebriti akan dinilI daripada jumlah pengikut dan pendapatan daripada setiap posting dibuat.

Paling tinggi adalah The Rock dengan jumlah pengikut sebanyak 188 juta dengan bayaran setiap posting sebanyak RM4.2 Juta.

The Rock dilihat telah menumpaskan bintang realiti televisyen Kylie Jenner yang hanya selesa di kedudukan kedua dengan 183 juta pengikut IG dan RM4.2 juta bagi setiap posting.
Namun, apa yang lebih mengejutkan The Rock turut menewaskan bintang bola sepak Cristiano Ronaldo yang mempunyai 228 juta pengikut.

Biarpun jumlah pengikut Ronaldo jauh lebih tinggi, namun harga bayaran bagi setiap posting dianggarkan hanya 3.8 juta.

Kim Kardashian serta Ariana Grande pula hanya berada di kedudukan ke empat dan kelima dengan jumlah pengikut masing-masing sebanyak 178 juta dan 193 juta.

Jumlah untuk satu posting Kim dan Ariana bernilai sebanyak RM3.6 juta.