Dinobatkan Pengacara Terbaik Asia, Ini Luahan Nabil Ahmad

Rozaimi Zubaidi
Oktober 18, 2018 06:48 MYT
Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad mengakui bersyukur apabila dirinya dinobatkan sebagai Pengacara Hiburan Terbaik di Asian Academy Creative Awards (AAA) yang berlangsung di Cannes, Perancis, Isnin lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Nabil menjelaskan kejayaan diraih ini adalah hasil usaha semua pihak yang membantu dan memberi kepacayaan pada dirinya untuk mengacarakan rancangan Gegar Vaganza.
"First of all syukur Alhamdulillah and thank you so much for giving me such a big award.
"Many thanks to my family, my wife @zira.ayub. Not to forget Co-host @jihanmuse to all Gegar Vaganza team kak @ggrazidajulaiha, @nana_j_hussin @smshaha dan semua crew dari depan tabir sampailah di belakangg tabir from the first season sampailah season 5.
"Thanks becouse have a trust in me dan @nabeliciousfc thank you korang! Thank you soooo much guys," tulisnya.
Asian Academy Creative Awards diperkenalkan untuk memberi pengiktirafan dan meraikan kejayaan mereka yang terbabit secara langsung dalam industri kreatif terutamanya di segmen kandungan dan produksi media.
Anugerah itu mempertandingkan 49 kategori membabitkan penyertaan dari 20 negara Asia.
AAA meraikan kecemerlangan daripada aspek teknikal merentasi platform yang pelbagai, daripada televisyen ke digital, penstriman muzik atau video di atas talian (online) dan mengiktiraf evolusi teknologi yang kian pesat berlangsung di seluruh dunia.
Astro sekali lagi meletakkan nama Malaysia di pentas dunia apabila merangkul 21 anugerah dari 49 kategori secara keseluruhan di majlis penganugerahan berprestij peringkat Asia, 'Asian Academy Creative Awards' (AAA).
#Nabil Ahmad #Pelawak