Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Diorang Banyak Bantu Career Lofa Dari Awal" - Neelofa Mahu Bantu Warga Utusan

Badrul Hashim
19/08/2019 12:26 MYT
Pengacara popular, Neelofa terkesan dengan apa yang berlaku kepada Utusan Melayu Berhad yang bakal ditutup kerana tidak mampu untuk membayar gaji pekerjanya.

Pada satu Twit di akaun peribadinya, Neelofa memberitahu perasaannya luluh apabila mendapat tahu keadaan di Utusan.

"Devastated to hear about the current state of Utusan, diorang banyak bantu career Lofa dari awal.

"So I want to return the favour. Kalau korang kenal anyone from HR or any companies looking to hire, drop the details below!" tulis Neelofa.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pada masa yang sama, Neelofa juga berharap usahanya bukan sahaja dapat membantu warga Utusan tetapi juga sesiapa yang sedang mencari pekerjaan.

"I'm sure ramai yang tengah cari kerja baru jugak, don't worry this is open to everyone.

"Anyone yang nak apply, feel free to look through these replies. Hopefully dengan kerjasama semua, we can help them find another job as soon as possible," tulis Neelofa pada satu lagi Twitnya.

Neelofa mempunyai 6.4 juta pengikut di Instagram dan 2.4 juta pengikut di Twitter.

Pada hari Jumaat, 23 Ogos ini juga, pihak Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) NSTP akan melancarkan kutipan berbentuk wang tunai, dan barangan keperluan seperti beras, minyak, gula, pampers, susu dan sebagainya.

Ianya akan berlangsung di Driveway Balai Berita, Jalan Riong Bangsar, dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

Kepada yang ingin menyumbangkan wang tunai, anda juga boleh menyalurkan terus ke akaun NUJ Malaysia, CIMB Current Account 80-0082256-0

Kredit Gambar: Instagram
#Neelofa #Utusan
;