Hiburan
Dipaksa Terima Rawatan Psikologi, Amar Baharin Cuak
Pelakon Amar Baharin meluahkan rasa risau apabila dia dipaksa untuk bertemu dengan doktor psikologi kerana emosinya tidak begitu stabil sejak kebelakangan ini.
Difahamkan Amar perlu menjalani rawatan psikologi selama tiga bulan dan perkara tersebut sudah cukup membuatkan aktor itu resah.
Lebih-lebih lagi apabila doktor yang bakal merawat Amar itu merupakan seorang wanita yang tidak begitu disenanginya.
Amar juga turut melabelkan doktor bernama Rania Baheera itu seorang yang psiko kerana begitu bersemangat untuk merawatnya.
Disebabkan hal tersebut , Amar terpaksa meminta pertolongan sahabatnya memikirkan strategi untuk mengelakkan dirinya menerima rawatan tersebut.
Bagaimanpun, semua kejadian itu hanya berlaku di dalam drama berjudul Akadku Yang Terakhir.
Selain Amar (Irham Zahri), drama tersebut juga turut dibintangi oleh Tiz Zaqyah yang memegang watak sebagai seorang doktor psikologi.
Apakah yang akn berlaku kepada Irham selepas bertemu Rania Baheera?
Saksikan Akadku Yang Terakhir bermula petang ini pada jam 6.00 petang, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).